Nuffnang Adds

Monday, April 4, 2016

Suntikan DEXA - Mematangkan Paru-Paru Bayi

Salam mumies .....
Hari ni saya nak share experience pasal suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi dalam kandungan.....dengar cerita ianya sangat menyakitkan ! betul ke?
Ini merupakan kandungan saya yang pertama. Jadi memang xdak la pengalaman kena suntikan nie kan. Sebelum ni memang tak pernah merasa suntikan ini. So, hari nie sy memang ada check up dgn Hospital Sungai Buloh untuk detail scan.. Alahai lambatnya sy bt detail scan..huhuhu...Tu pun sy yang igtkan doc sebelum tu.. Sebelum nie penah buat dah kt private, tapi alang-alang gov free baik bt lg...hihihi.. Doc tny xpnh bt lg ka, sy cakap xpenah.. Dia kata 30w nie dah terlambat n agak terbatas jgak la.. Tapi dia kata kita cuba je, sbb report sebelum nie, so far baby ok ja..

Pastu lepas buat detail scan ngn doc pakar.. Growth baby masih ok, masih ikut minggu pregnant, tapi saiz baby kecik skit tambah2 2nd twin agak kecik. So, di sebabkan pregnant twins plak, doc suggest suh buat suntikan DEXA in case terbesalin awal ka..Sbb doc cakap preggy twins nie ada kebarangkalian boleh bersalin awal. At least katanya kalau 'terbersalin' awal pun, paru-paru baby dah matang so tak perlu nak risau dah. So, lepas check up terus g amik suntikan pertama..Xsempat nak google mcm mana rasa.. Masuk bilik tu, tanya nurse inject tangan ka, nurse cakap inject punggung..

So, ak pun baring la..sambil nurse inject, nurse cakap2 xnak bg rasa sakit..rupanya gila babi pny sakit suntikan nie..Tapi xlama dalam 10 mnit macam tu ja rasa sakit n kebas..pastu hilang, pegang tempat inject pun xrasa apa dah berbanding suntikan kancing gigi (TT) 2 or 3 hari pun masih rasa sakit. Suntikan tu kena amik 2 kali dalam tempoh 12 jam..So, lagi 1 suntikan doc suh g amik kt dewan bersalin malam tu jugak dalam pukul 10.30 malam. Aduhhh..dengar je terasa sakit terus..So, malam tu pegi la amik lg 1 suntikan..pedih sungguh aiiii...

Sedikit Penerangan menegenai suntikan Dexa  

Apakah Itu Suntikan Dexa?
Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan. Risiko kelahiran pramatang ini boleh dilihat apabila ibu-ibu hamil mengalami kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila tanda-tanda kelahiran lain telah bermula.

Dexamethasone

Siapakah Yang Memerlukan Suntikan Dexa?
Suntikan dexa diberikan kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang ketika usia kehamilan di antara 24-36 minggu. Selepas minggu ke 37, suntikan ini tidak lagi diperlukan kerana di usia kehamilan ke 37 paru-paru bayi dikatakan telah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan tanpa sebarang risiko yang tinggi.

Apa Kegunaan Suntikan Dexa?
Seperti yang kita sedia maklum, paru-paru bayi belum matang sehinggalah minggu yang ke 37 di dalam kandungan. Oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kematian.

Menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Walaupun suntikan ini berkemungkinan mempunyai sedikit side effect , tidak dinafikan bahawa ianya membawa lebih kebaikan kepada bayi yang berisiko dilahirkan tidak cukup bulan. 


Berapa Lamakah Suntikan Ini Perlu Diambil?
Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone.Suntikan dexa ini akan bermanfaat selepas 24 jam bermula suntikan yang pertama hingga hari yang ke 7. Atas dasar inilah maka terdapat Pakar Perubatan yang memberikan suntikan ini secara mingguan kepada ibu berisiko sehingga minggu yang ke 36 kehamilan.

Adakah Suntikan Dexa Ini Menyakitkan?
Memang ramai ibu-ibu yang menyatakan suntikanDexa ini menyakitkan. 

inject me slowly 
Doktor, Silalah Inject Perlahan-Lahan
Menurut Gynae, kandungan dexa ini memang pekat dan tidak boleh disuntik sekaligus kepada pesakit. Ianya perlu disuntik secara perlahan-lahan sekitar 2 minit. Jadi barulah ibu-ibu tidak akan merasakan kesakitan seperti yang dirasakan bila disuntik sekaligus. Memang akan terus terkeluar air mata dan rasa nak tumbuk Doktor ketika itu juga, haha.


4 comments:

  1. Sakit...x pernah lagi saya inject menangis...yang ni melelh sendiri...masak inject tak sakit...tp lepas inject malamnya sakit yang buat kita meleleh sendiri air mata...2 kali kene...

    ReplyDelete
  2. Memang sakit Demi baby Kita terpaksa melaluinya.masa injec pun sakit selepas injec pun sakit..Hari yang 2 injection 12 jam sekali satu injection..b brave.

    ReplyDelete
  3. Lenguh satu kaki kebas.. Walaupun sekejap tapi pergghh.. 😅

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah lps satu dos. Nti second dos pula. Sakit slps tarik jarum n lima minit slps tu. Second taktau la pulakk lolll

    ReplyDelete

< Sila tinggalkan jejak anda disini <