Nuffnang Adds

Tuesday, April 5, 2016

Kadar Degupan Jantung Bayi / Apakah CTG ( Cardiotocography) Dan Fungsinya

Salam all,

Hari nie nak ceritakan sikit pasal CTG. Maybe ada yang penuh guna dan ada yang belum pernah guna. Ataupun yang pernah guna pun xtau fungsi mesin nie. Minggu lepas, lepas check up di Hospital Sungai Buloh, doc suruh saya masuk wad sebab 2nd twin kecik berbanding 1st twin. So sebelum masuk wad, doc suh nurse buat CTG kat saya. Jom baca apa itu CTG?

CTG ( Cardiotocography) ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dalam kandungan dan juga kontraksi ( contraction).

Alat CTG biasa digunakan di hospital terutama dewan dan wad bersalin. Sesiapa yang mengandung dan masuk ke hospital untuk melahirkan mesti akan merasa pengalaman memakai CTG ini. Bayi-bayi pada kehamilan berisiko tinggi seperti ibu kencing manis, darah tinggi, bayi kurang berat badan dan air ketuban yang sedikit adalah antara bayi-bayi yang kurang lasak untuk melalui tekanan ketika proses bersalin akan mengunakan mesin ini

Fungsi CTG adalah sama dengan Fetal Doppler yang kecil iaitu untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan. Tetapi maklumat yang diperolehi dari mesin CTG adalah lebih lengkap kerana digunakan selama 30minit setiap sesi bagi mendapatkan graf degupan janutng bayi dan juga kontraksi ibu jika ada.

Dari segi perubatan, CTG merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan-graphy) denyutan jantung bayi/fetal (merujuk kepada perkataan cardio) dan juga kontraksi (merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocography, atau electronic fetal monitor (EFM)

Alat CTG sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda 'fetal distress' iaitu bayi berada dalm keadaan tertekan


 Semasa sy dimasukkan ke Hospital Sg Buloh baru nie ( sementara menunggu katil kosong di wad) setiap 4jam sekali kena buat CTG nie. Bagi sy CTG bukanlah satu benda yang seronok sebab kita perlu baring dan tidak boleh gerak selama 30minit dengan perut diikat dengan tali elastik serta besi "tranducers" yang agak berat. Tambah pulak sy anak kembar, selalu buat mesti dalam sejam sebab kadang-kadang sorang lari kedudukan, hilang pulak jantung. dah jadi graf xcantik pulak. Kadang babies pun xsuka dengan CTG nie. Sebab setiap kali buat CTG babies mesti tendang-tendang dan beralih tempat.



Kertas keputusan CTG mengandungi dua baris graf. Graf di bahagian atas merekod degupan jantung bayi dalam kandungan (per minit) dan graf di bahgian bawah merekod kadar kontraksi ibu mengandung.


Kadar dengupan jantung bayi dalam kandungan yang normal ialah antara 120 - 160 per minit. Sedikit perbezaan di bawah atau di atas paras normal disebut 'variabiliti' yang masih dianggap normal. Ia menunjukkan sistem saraf dan tindakbalas chemoreceptors, baroreceptors dan cardiac yang sihat.

CTG untuk baby twins saya kat Hospital Sungai Buloh



No comments:

Post a Comment

< Sila tinggalkan jejak anda disini <