Mari kita kongsi bersama info mengenai Penyusuan Bayi Kembar yang diambil dari FB..
PENYUSUAN BAYI KEMBAR
Menyusu bayi kembar adalah cabaran yang hebat bagi ibu bapa yang hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu:
1. bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kehadiran 2 bayi (atau lebih) serentak
2. bersedia untuk kemungkinan bayi lahir pramatang
3. bersedia untuk kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean
4. membuat perancangan corak penyusuan yang akan diberi kepada bayi
Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang “susu tidak cukup”. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula!
Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa tips yang boleh diamalkan:

1. Menyusu seawal 1 jam pertama.
Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal 1 jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu.
Sekiranya
ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu
adalah ‘ubat’ paling mujarab untuk menambah berat badan bayi kerana susu
ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya
ketika dia lahir.
Sekiranya
ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan
jururawat untuk membantu memposisikan kedudukan ibu untuk menyusu pada
jam pertama. Sebaiknya berbincang awal dengan doktor atau jururawat
bertugas hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama sebaik mengetahui
pembedahan akan dijalankan.
2. Menyusu sekerap mungkin
Secara
puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa
yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Rujuk rajah
posisi penyusuan bayi kembar seperti di bawah.
Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.

Susukan
bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan
rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi
seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang
seorang lagi sedang menyusu.
3. Banyakkan berehat
Ibu-ibu
perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stress yang akan
mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur apabila bayi tidur.
Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk
membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan
menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan
perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.
4. Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat
Air
adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air
sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus
atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk
menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan
makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.
5. Hadkan pelawat
5. Hadkan pelawat
Perkara
ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang
terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi
kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu
memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan
bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba,
ambil masa privasi anda kerana ianya penting untuk memastikan
kelangsungan produksi susu ibu.
6. Bersedia dengan soalan “Cukupkah susu?”
6. Bersedia dengan soalan “Cukupkah susu?”
Soalan
ini mungkin akan ditanya oleh ramai orang malah mungkin dari diri ibu
sendiri. Biarpun ibu menyedari tentang konsep “demand and supply” dalam
proses penghasilan susu ibu namun soalan ini mampu menggugat kepercayaan
dan keyakinan ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi.
Abaikan soalan-soalan sebegitu malah tidak perlu berhujah panjang untuk
menyakinkan orang lain tentang “cukup susu”. Apa yang penting ialah
yakinkan diri sendiri dan pasangan bahawa susu ibu mencukupi untuk
menampung keperluan kedua-dua bayi kembar. Banyakkan berdoa semoga Allah
melimpahkan rezeki untuk anak-anak.
7. Posisi penyusuan ibu
7. Posisi penyusuan ibu
Berikut
adalah rajah posisi yang boleh dipilih untuk ibu menyusukan bayi
kembar. Ibu boleh menyusu serentak kedua-dua bayi dalam satu masa atau
menyusu seorang dahulu kemudian diikuti oleh seorang lagi atau minta
bantuan orang lain memberi susu perahan kepada seorang bayi sementara
ibu menyusu yang seorang lagi. Pastikan kedua-duanya mendapat peluang
direct feeding yang sama.
Walau
apa pun posisi yang dipilih oleh ibu pastikan ianya selesa, tidak
menyakitkan bahagian belakang atau abdomen. Gunakan banyak bantal
sebagai sokongan.
8. Persediaan Susu Perahan
8. Persediaan Susu Perahan
Ibu-ibu
perlu bersedia dengan stok susu perahan sebagai persediaan untuk
kembali bekerja. Untuk bayi kembar sudah semestinya keperluannya sekali
ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Bersedialah dengan
mula memerah seawal 2 minggu selepas bayi lahir untuk mendapatkan stok
yang mencukupi untuk keperluan 2 orang bayi.
Semoga tips nie dapat membantu anda yang mempunyai bayi kembar dan sebagai info yang dapat jugak saya amalkan lepas bersalin nanti..
No comments:
Post a Comment
< Sila tinggalkan jejak anda disini <