Nuffnang Adds

Wednesday, January 27, 2016

3D 4D Scan Malaysia

salam all,

Ibu-ibu bila dah mengandung nie biasa la kan msti kalu boleh nak scan hari-hari nak tengok baby kat dalam tu sihat ke tak..hehehhe.. Kali nie sy nak share pengalaman buat detail scan, 3D/4D scan for by twines dalam perut nie.. Sebelum nie ada jugak cari-cari dalam blog, kat mana yang best buat kita buat scan nie.. Ramai yang suggest page bayi-ibu.com Sy rasa ramai yang tahu pasal page nie... Banyak info yang boleh korang dapat dari sini selain nak scan..


So, sy decide nak buat detail scan sy kat sini... U'olls kena booking dulu sebelum pergi.. Korang boleh pilih tempat yang dekat dengan rumah, time, sonographer yang korang nak... Senang je kan.. Actually kalu checkup dengan gov diaorg xbuat detail scan..Tapi kita sebagai parent msti nak tau keadaan semasa anak kita kan. Kat page tu dah sertakan pakej yang korang boleh amik.. Sebagai contoh :

NT scan + 3d scan + nub theory (11-13week) >> RM120
2d growth scan >> RM50
3d 4d scan + 2d growth scan + gender scan (22 week above) >> RM120
3d 4d scan + 2d detail scan + gender scan (20-24week) >> RM220
2d detail scan + gender scan (20-24week) >> RM150
**jantina hanya boleh dicomfirm 100% lepas 22week
FREE scan kalau x jumpa muka atau jantina (22week ke atas)
REFUND kalau salah jantina
BOOK saja , bayar lepas scan


 * kalu twins harga lain ye :-) macam sy hari tu amik pakej 3d 4d scan + 2d detail scan + gender scan (20-24week) >> total Rm320

Ramai yang xtau 2d detail scan untuk apa escpecially yang pregnant first time kan..sama macam saya jugak la awal-awal dulu...Actually, xwajib pun buat just terpulang kat parents tu la nak buat ke tak. Fungsi  2d detail scan :-

Tapi 2D detail scan nie boleh buat 20-24week je, xboleh lebih dari tu sebab bila baby dah besar susah sikit nak detect. Macam sy hari tu, sy buat dengan Ms Jezzlyn di Hospital Pusrawi Kota Damansara sebab ramai yang suggest dia..Honestly, memang Ms Jezzlyn nie best sangat2.. dia explain pun sangatla detail n korang akan rasa puas hati.. Satu-persatu badan baby dia akan tunjuk. Sekali dengan jantina..korang boleh tanya je apa-apa soalan pun.Ms Jezzlynn pun pandai je pujuk baby kalu baby xnak tunjuk muka..hihihihi. Last, korang akan dapat report dari apa yang stenographer explain + 2keping gambar + cd kalu korang amik pakej la. .. Detail scan + 3d/4d amik masa dalam sejam jugak sebab baby twins.

 Gambar Baby Kami :-)
Baby A hidung sebijik ayah dia

Baby B xnak tunjuk muka sangat..susah nak dapat gambar muka dia..harap-harap ikot muka ummi..hihihi.. Jantina ummi xnak tau..ummi nak tunggu time bersalin nti..baru suprise sikit.Tapi ummi harap korang jadi 1 girl, 1 boy hahahahha. 

Time nie awak berdua baru 23week je.. Berat baby A baru 431g, Baby B pulak 413g.. nanti 30week kita g scan lagi okay.


Link untuk korang booking appoiment : 3D 4D Scan Malaysia