Nuffnang Adds

Tuesday, April 5, 2016

Checklist : Senarai Barang Baby Twins

Salam all,

Jom sy nak share skit babies checklist sy.. Mana tau boleh jadikan panduan untuk bakal-bakal ibu yang akan lahirkan baby twins :-) Senarai bawah nie adalah barang-barang yang sy beli untuk kegunaan baby kembar sy nanti.. Masuk je 32w better siapkan barang siap, sebab kita xtau kena warded awal ke or takut lambat-lambat nanti kita pun dah xlarat nak mengemas.. Tu yang terjadi kat saya la.. masa 31w kena warded sebab 2nd twin kecil. Time tu baru kalot nak membasuh baju baby n packing sebab doc suh prepare siap-siap takot terbersalin awal pulak...

Checklist barang baby / ummi ke Hospital Bersalin

A. KEPERLUAN DI HOSPITAL

Untuk Ummi :
No
Barang
Kuantiti
Ada/ Belum
Nota (*untuk 3 hari)
1
Buku Pink / IC



2
Hp Charger



3
Camera



4
Stokin



5
Nursing Bra



6
Panties pakai buang



7
Maternity Pad



8
Kain Batik



9
Cardigan



10
Instant Tudung



11
Selipar



12
T-shirt



13
Doa Bersalin



14
Makanan ( biskut/milo)



15
Nursing pad washable/ disposal


Brand : fify
16
Sabun



17
Berus gigi



18
Tuala mandi



19
Pencuci muka



20
Sikat



21
Pakaian pulang



22
Nursing pillow



23
Mug / sudu



24
Deodarant



25
Plastik


Baju kotor & uri
26
Kurma / air zam-zam



27
Termos air



















Untuk Baby :

No
Barang
Kuantiti
Ada / Belum
Nota
1
Pampers
20 keping

New born size
2
Tuala ( Receiving towel)



3
Tuala Mandi



4
Wet Tissue



5
Tissue



6
Baju Baby


Ada butang depan
7
Seluar Baby



8
Selimut



9
Sarung tangan dan kaki



10
Topi



11
Lampin



12
Barut



13
Tuala Kecil


































Labour Room (*letak dlm beg kecil)

No
Barang
Kuantiti
Ada / Belum
Nota
1
Sarung tangan dan kaki
1


2
Bedung
1


3
selimut
1


4
Baju dan seluar
1

Baju ada butang depan
5
pampers
1













B. KEPERLUAN HARIAN

Pakaian Harian

No
Barang
Kuantiti
Ada / Belum
Nota
1
Baju lengan panjang



2
Baju Lengan Pendek



3
Baju Lubang-lubang



4
Seluar Panjang



5
Seluar Pendek



6
Romper



7
Sarung tangan dan kaki



8
Pampers


New born skit, then size S
9
Bedung



10
Barut



11
Lampin



12
Baju new born


2 or 3 pasang je





















Untuk Mandian

No
Barang
Kuantiti
Ada / Belum
Nota
1
Tuala



2
Sabun Bayi



3
Syampu



4
Bedak / bekas bedak



5
Lotion



6
Besen Mandi



7
Baby oil



8
Krim Bayi ( Nappy Rash pureen / drapolene )



9
Minyak telon



10
Pemotong kuku



11
Cotton bud



12
Wet tissue



13
Kapas bulat



14
Nasal aspirator ( sedut hingus )


































Untuk Tidur

No
Barang
Kuantiti
Ada / Belum
Nota
1
Bantal Bayi



2
Kelambu



3
Tilam Bayi



4
Selimut





























Lain – Lain :

No
Barang
Kuantiti
Ada / Belum
Nota
1
Pin Keselamatan



2
Bakul Baju



3
Bakul Baju Kotor



4
Baby Detergent



5
Changing Mat



6
Bib



7
Pam susu



8
Botol susu



9
Storage Botol



10
Ice Pack



11
Cooler Bag



12
Berus botol susu



13
Pembersih botol



14
Salotape boleh tulis



15
Marker Pen



16
Baby Carrier



17
Baby bag



18
Bengkung



19
Set Bersalin



20
Putting susu



21
Nursing cover



22
Penyangkut baju baby



23
Penyangkut sarung tangan dan kaki



24
Bakul bedak




























Nie je gambar yang sempat snap dari dulu...huhuhu..Xsempat snap gambar full barang baby, rendam baju baby dan jemur baju baby sebab 23/3 check up kat hospital, terus doc suruh masuk wad..Balik rumah kejap untuk mendobi baju n jemur..Cepat-cepat packing barang terus check in wad..Dah xingat pun nak snap gambar..yg fikir takut je..huhuuhu.. tapi 31/3 dah discharge dari wad.. Just pergi scan setiap Isnin and Khamis smpai la bersalin... Sekarang dah 33w++ tunggu masa je...harap-harap babies ummi kuar cukup-cukup bulan and cukup berat :-)


Kadar Degupan Jantung Bayi / Apakah CTG ( Cardiotocography) Dan Fungsinya

Salam all,

Hari nie nak ceritakan sikit pasal CTG. Maybe ada yang penuh guna dan ada yang belum pernah guna. Ataupun yang pernah guna pun xtau fungsi mesin nie. Minggu lepas, lepas check up di Hospital Sungai Buloh, doc suruh saya masuk wad sebab 2nd twin kecik berbanding 1st twin. So sebelum masuk wad, doc suh nurse buat CTG kat saya. Jom baca apa itu CTG?

CTG ( Cardiotocography) ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dalam kandungan dan juga kontraksi ( contraction).

Alat CTG biasa digunakan di hospital terutama dewan dan wad bersalin. Sesiapa yang mengandung dan masuk ke hospital untuk melahirkan mesti akan merasa pengalaman memakai CTG ini. Bayi-bayi pada kehamilan berisiko tinggi seperti ibu kencing manis, darah tinggi, bayi kurang berat badan dan air ketuban yang sedikit adalah antara bayi-bayi yang kurang lasak untuk melalui tekanan ketika proses bersalin akan mengunakan mesin ini

Fungsi CTG adalah sama dengan Fetal Doppler yang kecil iaitu untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan. Tetapi maklumat yang diperolehi dari mesin CTG adalah lebih lengkap kerana digunakan selama 30minit setiap sesi bagi mendapatkan graf degupan janutng bayi dan juga kontraksi ibu jika ada.

Dari segi perubatan, CTG merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan-graphy) denyutan jantung bayi/fetal (merujuk kepada perkataan cardio) dan juga kontraksi (merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocography, atau electronic fetal monitor (EFM)

Alat CTG sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda 'fetal distress' iaitu bayi berada dalm keadaan tertekan


 Semasa sy dimasukkan ke Hospital Sg Buloh baru nie ( sementara menunggu katil kosong di wad) setiap 4jam sekali kena buat CTG nie. Bagi sy CTG bukanlah satu benda yang seronok sebab kita perlu baring dan tidak boleh gerak selama 30minit dengan perut diikat dengan tali elastik serta besi "tranducers" yang agak berat. Tambah pulak sy anak kembar, selalu buat mesti dalam sejam sebab kadang-kadang sorang lari kedudukan, hilang pulak jantung. dah jadi graf xcantik pulak. Kadang babies pun xsuka dengan CTG nie. Sebab setiap kali buat CTG babies mesti tendang-tendang dan beralih tempat.



Kertas keputusan CTG mengandungi dua baris graf. Graf di bahagian atas merekod degupan jantung bayi dalam kandungan (per minit) dan graf di bahgian bawah merekod kadar kontraksi ibu mengandung.


Kadar dengupan jantung bayi dalam kandungan yang normal ialah antara 120 - 160 per minit. Sedikit perbezaan di bawah atau di atas paras normal disebut 'variabiliti' yang masih dianggap normal. Ia menunjukkan sistem saraf dan tindakbalas chemoreceptors, baroreceptors dan cardiac yang sihat.

CTG untuk baby twins saya kat Hospital Sungai Buloh



Monday, April 4, 2016

Penyusuan Bayi Kembar

Tengah menunggu detik untuk keluarkan dua-dua baby nie dari perut :-) excitednya rasa..xsabar nak tengok muka dua budak yg di kandung nie...Sekarang pun dah 33w+3Days..Sebelum tu dah try google2 untuk cari tips untuk menyusu anak kembar nie..Sy harap sangat dapat menyusu diaorg sampai umur dua tahun nanti...

Mari kita kongsi bersama info mengenai Penyusuan Bayi Kembar yang diambil dari FB..


PENYUSUAN BAYI KEMBAR

Menyusu bayi kembar adalah cabaran yang hebat bagi ibu bapa yang hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu:
1. bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kehadiran 2 bayi (atau lebih) serentak
2. bersedia untuk kemungkinan bayi lahir pramatang
3. bersedia untuk kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean
4. membuat perancangan corak penyusuan yang akan diberi kepada bayi

Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang “susu tidak cukup”. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula!

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa tips yang boleh diamalkan:

1. Menyusu seawal 1 jam pertama.
Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal 1 jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu.
Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah ‘ubat’ paling mujarab untuk menambah berat badan bayi kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir.
Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk membantu memposisikan kedudukan ibu untuk menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang awal dengan doktor atau jururawat bertugas hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama sebaik mengetahui pembedahan akan dijalankan.
2. Menyusu sekerap mungkin
Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Rujuk rajah posisi penyusuan bayi kembar seperti di bawah.
Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.
Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.
3. Banyakkan berehat
Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stress yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.
4. Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat
Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

5. Hadkan pelawat
Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ianya penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

6. Bersedia dengan soalan “Cukupkah susu?”
Soalan ini mungkin akan ditanya oleh ramai orang malah mungkin dari diri ibu sendiri. Biarpun ibu menyedari tentang konsep “demand and supply” dalam proses penghasilan susu ibu namun soalan ini mampu menggugat kepercayaan dan keyakinan ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Abaikan soalan-soalan sebegitu malah tidak perlu berhujah panjang untuk menyakinkan orang lain tentang “cukup susu”. Apa yang penting ialah yakinkan diri sendiri dan pasangan bahawa susu ibu mencukupi untuk menampung keperluan kedua-dua bayi kembar. Banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rezeki untuk anak-anak.

7. Posisi penyusuan ibu
Berikut adalah rajah posisi yang boleh dipilih untuk ibu menyusukan bayi kembar. Ibu boleh menyusu serentak kedua-dua bayi dalam satu masa atau menyusu seorang dahulu kemudian diikuti oleh seorang lagi atau minta bantuan orang lain memberi susu perahan kepada seorang bayi sementara ibu menyusu yang seorang lagi. Pastikan kedua-duanya mendapat peluang direct feeding yang sama.
Walau apa pun posisi yang dipilih oleh ibu pastikan ianya selesa, tidak menyakitkan bahagian belakang atau abdomen. Gunakan banyak bantal sebagai sokongan.

8. Persediaan Susu Perahan
Ibu-ibu perlu bersedia dengan stok susu perahan sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Untuk bayi kembar sudah semestinya keperluannya sekali ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Bersedialah dengan mula memerah seawal 2 minggu selepas bayi lahir untuk mendapatkan stok yang mencukupi untuk keperluan 2 orang bayi.


Semoga tips nie dapat membantu anda yang mempunyai bayi kembar dan sebagai info yang dapat jugak saya amalkan lepas bersalin nanti..

Bleeding

Salam all,

kali nie nak sambung cerita pasal my twin pregnancy lagi la. sambungan dari cerita hari tu jugak.. Sekarang dah pregnant 6 bulan baru sibuk-sibuk nak update blog..ntah ingat atau tak dah cerita..hahahha..apa pun tulis je apa yang ingat sebagai kenangan nanti.. Dah bersalin nanti mesti rindu nak baca...hihihi... Hari tu sy ada cakap kan, sy bleeding time awal2.. nak jadikan cerita dia jadi lagi sekali bleeding...huhuhuh

Malam sebelum tu kitaorang ada pegi birthday function...After balik dari sana, malam tu husband sy start muntah2 n cirit-birit..Tapi sy xdak pulak.. MIL pun tny sy xkena ke...Then, tengah pagi tu sy pulak yang start muntah-muntah n rasa perut sakit sangat2.. Sampai 1 tahap rasa air macam keluar..Then suh husband bukak lampu..tengok2 memang darah yang kuar n banyak smpai kena pakai pad. So, dalam hati memang dah fikir gugur la nie..sebab darah pun kuar banyak..Next morning, ajak husband g klinik utk amik ubat n scan apa yg jadi.. After cerita kat doctor, doctor decide suh scan... Bila scan elok je dua-dua budak kecik dok gerak-gerak dalam perut :-) happynya time tu..Doctor pun cakap xdak tanda-tanda keguguran pun dalam perut..Alhamdullilah, Allah masih bagi kami peluang untuk jaga amanah nie.. So, doctor pun xtau kenapa kuar darah...

Dalam minggu tu jugak ada check up kat KK Sungai Buloh.. Tu kali pertama doctor nak scan sbb dah 11 minggu time tu.. Bila doctor scan, doctor pun sahkan memang twins dengan 2 uri.. So, doctor suh refer Hospital Sungai Buloh utk special kes sbb pregnant kembar.. So lepas nie kena banyak cuti skit... Kena check kat KK n Hospital sekali tiap2 bulan...

Sepanjang pregnant nie sy bleeding lebih kurang 3minggu jugak dr hari 1st tu..Cuma lama-lama dah xbanyak, just skit-skit je..Selalu time pagi je.. Setiap kali check up mesti bagitau doctor..Tapi bila scan baby memang ok.. So, doctor pun mcm diam je, xcakap pun kenapa pasal bleeding tu...Xpa la..harap-harap ummi dengan babies ummi sihat-sihat selalu...

Jumpa lagi di next entry... tunjuk gambar perut pulak lepas nie




Suntikan DEXA - Mematangkan Paru-Paru Bayi

Salam mumies .....
Hari ni saya nak share experience pasal suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi dalam kandungan.....dengar cerita ianya sangat menyakitkan ! betul ke?
Ini merupakan kandungan saya yang pertama. Jadi memang xdak la pengalaman kena suntikan nie kan. Sebelum ni memang tak pernah merasa suntikan ini. So, hari nie sy memang ada check up dgn Hospital Sungai Buloh untuk detail scan.. Alahai lambatnya sy bt detail scan..huhuhu...Tu pun sy yang igtkan doc sebelum tu.. Sebelum nie penah buat dah kt private, tapi alang-alang gov free baik bt lg...hihihi.. Doc tny xpnh bt lg ka, sy cakap xpenah.. Dia kata 30w nie dah terlambat n agak terbatas jgak la.. Tapi dia kata kita cuba je, sbb report sebelum nie, so far baby ok ja..

Pastu lepas buat detail scan ngn doc pakar.. Growth baby masih ok, masih ikut minggu pregnant, tapi saiz baby kecik skit tambah2 2nd twin agak kecik. So, di sebabkan pregnant twins plak, doc suggest suh buat suntikan DEXA in case terbesalin awal ka..Sbb doc cakap preggy twins nie ada kebarangkalian boleh bersalin awal. At least katanya kalau 'terbersalin' awal pun, paru-paru baby dah matang so tak perlu nak risau dah. So, lepas check up terus g amik suntikan pertama..Xsempat nak google mcm mana rasa.. Masuk bilik tu, tanya nurse inject tangan ka, nurse cakap inject punggung..

So, ak pun baring la..sambil nurse inject, nurse cakap2 xnak bg rasa sakit..rupanya gila babi pny sakit suntikan nie..Tapi xlama dalam 10 mnit macam tu ja rasa sakit n kebas..pastu hilang, pegang tempat inject pun xrasa apa dah berbanding suntikan kancing gigi (TT) 2 or 3 hari pun masih rasa sakit. Suntikan tu kena amik 2 kali dalam tempoh 12 jam..So, lagi 1 suntikan doc suh g amik kt dewan bersalin malam tu jugak dalam pukul 10.30 malam. Aduhhh..dengar je terasa sakit terus..So, malam tu pegi la amik lg 1 suntikan..pedih sungguh aiiii...

Sedikit Penerangan menegenai suntikan Dexa  

Apakah Itu Suntikan Dexa?
Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan. Risiko kelahiran pramatang ini boleh dilihat apabila ibu-ibu hamil mengalami kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila tanda-tanda kelahiran lain telah bermula.

Dexamethasone

Siapakah Yang Memerlukan Suntikan Dexa?
Suntikan dexa diberikan kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang ketika usia kehamilan di antara 24-36 minggu. Selepas minggu ke 37, suntikan ini tidak lagi diperlukan kerana di usia kehamilan ke 37 paru-paru bayi dikatakan telah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan tanpa sebarang risiko yang tinggi.

Apa Kegunaan Suntikan Dexa?
Seperti yang kita sedia maklum, paru-paru bayi belum matang sehinggalah minggu yang ke 37 di dalam kandungan. Oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kematian.

Menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Walaupun suntikan ini berkemungkinan mempunyai sedikit side effect , tidak dinafikan bahawa ianya membawa lebih kebaikan kepada bayi yang berisiko dilahirkan tidak cukup bulan. 


Berapa Lamakah Suntikan Ini Perlu Diambil?
Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone.Suntikan dexa ini akan bermanfaat selepas 24 jam bermula suntikan yang pertama hingga hari yang ke 7. Atas dasar inilah maka terdapat Pakar Perubatan yang memberikan suntikan ini secara mingguan kepada ibu berisiko sehingga minggu yang ke 36 kehamilan.

Adakah Suntikan Dexa Ini Menyakitkan?
Memang ramai ibu-ibu yang menyatakan suntikanDexa ini menyakitkan. 

inject me slowly 
Doktor, Silalah Inject Perlahan-Lahan
Menurut Gynae, kandungan dexa ini memang pekat dan tidak boleh disuntik sekaligus kepada pesakit. Ianya perlu disuntik secara perlahan-lahan sekitar 2 minit. Jadi barulah ibu-ibu tidak akan merasakan kesakitan seperti yang dirasakan bila disuntik sekaligus. Memang akan terus terkeluar air mata dan rasa nak tumbuk Doktor ketika itu juga, haha.


Wednesday, February 24, 2016

7 Bulan




 Hi semua, just nak update perkembangan terkini. Yeayyy, hari nie dah genap 7 bulan dua budak kecil nie dok dalam perut. Bermakna saya juga dah nak masuk ke fasa akhir.. Dah hampir menuju kejayaan nie..hihihi. Alhamdulillah perjalanan saya dipermudahkan setakat nie. Sakit sikit-sikit tu biasa la. Macam skrg suka sakit belakang kalu makan terlebih dengan kaki je la start bengkak belah kiri.. Yang lain so far, semua ok ja. Segalanya saya anggap sebagai nikmat yg Allah kurniakan bt saya. Doakan kami sentiasa sihat dan selamat sehingga tiba saat si comel dua orang nie lahir ke dunia. Aminnnn

belanja 1 pic gambar 7 bulan.. perut besar ke kecik????


update 27 Weeks:
1st twin dah 898g ( kedudukan kepala kat bawah )
2nd twin dah 858g ( kedudukan songsang )

Just nak update perkembangan terkini. Hari ini sudah genap 7 bulan si comel di dalam perut ini. Bermakna saya juga telah memasuki trimester terakhir. Alhamdulillah perjalanan saya dipermudahkan setakat ini. Sakit-sakit sikit tu biasalah. Segalanya saya anggapkan sebagai nikmat tidak terhingga yang Allah kurniakan buat saya. Doakan kami sentiasa sihat dan selamat sehingga tiba saat si comel ini menjengah dunia. Amin.

p/s : Esok kena MGTT. Hopefully result ok. :p - See more at: http://sayepunyebelog.blogspot.my/2012/02/7-bulan.html#sthash.Fa9rP9lT.dpuf

Thursday, February 18, 2016

6 Bulan Sudah...The First Kick

Salam,

Setiap bakal ibu mesti tak sabar nak rasa pergerakkan baby kan. Mungkin ada tertanya-tanya macam mana rasa baby tendang? Samala macam ak, bila kawan-kawan kat ofis cerita, baby diaorg dah aktif gerak. Perasaan ak masa tu, memang tak sabar sangat nak rasa n risau pun ada jugak sebab baby nie xgerak..heheheh..sedangkan time tu dah 5 bulan lebih.. Diaorg pulak kurang lgi dari ak.. Tapi ak take as positive, sebab dulu penanh msg ngn sorang akk yang pregnant kembar jugak.. Dia cakap baby dia pun gerak bila 6bulan...


 Ingat lagi time tu dah masuk 6 bulan minggu tu, petang tu tolong MIL masak nasi lemak untuk hantar kt surau lepas magrib... Dah siap semua, ak pergi berehat kat sofa.. Time tu tengah azan magrib..tiba-tiba rasa perut macam bergetar  dekat 1 arah ja n ada rasa plup plup dalam perut..heheheh.. So, ak rasa memang baby la tu gerak... Happynya time tu..terus cerita kat hubby.. Sejak dari tu memang hari2 la rasa baby gerak cuma skrang dapat rasa makin kerap jgk. Cuma xdapat nak beza 1 baby ka gerak or dua2 gerak.. Tapi bila scan baby dua2 aktif bergerak.. Sekarang dah pregnant 27weeks dah...


Sekarang rasa xsabar nak tengok tapi kaki diaorg pulak..hehehe..Dah orang cakap kalu pregnant kembar senang nak tgk tapak kaki diaorg muncul kat perut. Lagi 1 yang aku perasan, bila time baca Al-Quran or letak bacaan Quran or zikir kt perut, baby memang seronok sangat :-) memang rasa perut nie bergetar ja.. Laju ja diaorg gerak.. Indah sungguh ciptaan Tuhan nie..baby dalam perut pun pandai dengar dr kecik lagi. Cuma kesian kat hubby la, dia xdapat rasa lagi.. Setiap kali dia gerak bila pengang perut hilang la dia gerak..hehehe.

Apapun tak kisah, semoga baby-baby membesar dengan sihat dalam perut nie.. Lebih kurang dalam 90hari lgi kita nak jumpa..Xsabarnya rasa.. Dah start nak prepare barang baby :-) jantina pulak memang xtak nak tahu..nak tahu masa bersalin nanti.. harap-harap dapat la sepasang...hihihi

Enjoy 2nd trimester

Tuesday, February 2, 2016

Solat Ketika Hamil

Salam rakan blogger,

Hari nie nak share skit cara-cara solat untuk ibu yang hamil.. Sy pasti ramai jugak antara kita yang masih blurr dengan isu nie kan... Sama macam saya jugak, tambah sekarang dah masuk 25w ( 6 bulan ) nie, bila time solat rasa susah sangat nak sujud..mesti rasa nak termuntah and tertekan perut..

Semua pun tahu, solat tu tiang agama..mesti kita nak yang sempurna kan untuk bertemu dengan Allah.. Di sini saya sertakan sedikit tips yang saya dapat. Sekiranya sy salah tolong betulkan ye..kita sama-sama belajar. Boleh tinggalkan komen dibawah.

*Cara-cara solat untuk ibu hamil / orang yang uzur
 
Solat duduk ini bukan bermakna mula solat terus duduk.
  1. Bagi mereka yang masih berkemampuan untuk berdiri lama tapi tidak boleh sujud seperti biasa, boleh solat seperti gambar yang pertama di mana hanya untuk sujud sahaja dibuat secara duduk.
  2. Bagi mereka yang masih berkemampuan untuk berdiri lama tapi tidak mampu rukuk dan sujud seperti biasa, boleh rujuk gambar kedua di mana rukuk dilakukan semampu yang boleh dan sujud secara duduk di atas kerusi.
  3. Bagi mereka yang tidak mampu untuk berdiri tapi boleh duduk seperti biasa, boleh rujuk gambar ketiga di mana solat dilakukan secara duduk di lantai dari mula sehingga selesai.
  4. Bagi mereka yang tidak mampu untuk berdiri dan jga duduk di atas lantai, boleh rujuk gambar keempat di mana solat dilakukan secara duduk di atas kerusi dari mula sehingga selesai.
Ada penjelasan skit di sini, jika kita masih mampu untuk berjalan maka kita masih mampu untuk solat dalam keadaan berdiri dan sujud baru kita duduk ( atas kerusi then bangun balik untuk rakaat seterusnya) melainkan kita dah sakit hingga tak mampu untuk berdiri barulah kita boleh sembahyang duduk terus ( means ibu mengandung yang still boleh jalan korang kena sembahyang duduk di kerusi, xboleh duduk di atas lantai)
 
 Untuk wanita sarat hamil, bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dirinya. Jika mampu berdiri, lakukan seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri,duduk. Namun tetap masih terikat pada takbiratul ihram mesti berdiri.
 
* Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu  iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.

* Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidat berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.

* Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.

* Sunguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.

* Apabila sesrorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud
Di sini juga aku ingin berkongsi dengan kamu semua artikel yang dipetik dari Akhbar Sinar tentang Solat Ibu Hamil... selamat membaca! MENGANDUNG adalah saat yang diimpikan seorang wanita bergelar isteri. Kelebihan ibu hamil adalah ALLAH SWT memberikan keringanan (rukhsah) dalam melakukan ibadah seperti solat.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
 
 
 
Rupanya, jika kita masih mampu berjalan maka kita masih mampu untuk solat dalam keadaan berdiri dan sujud baru kita duduk (atas kerusi then bangun balik untuk rakaat seterusnya) melainkan kita dh sakit sehingga tak mampu untuk berdiri barulah kita boleh sembahyang duduk terus.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Rupanya, jika kita masih mampu berjalan maka kita masih mampu untuk solat dalam keadaan berdiri dan sujud baru kita duduk (atas kerusi then bangun balik untuk rakaat seterusnya) melainkan kita dh sakit sehingga tak mampu untuk berdiri barulah kita boleh sembahyang duduk terus.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Rupanya, jika kita masih mampu berjalan maka kita masih mampu untuk solat dalam keadaan berdiri dan sujud baru kita duduk (atas kerusi then bangun balik untuk rakaat seterusnya) melainkan kita dh sakit sehingga tak mampu untuk berdiri barulah kita boleh sembahyang duduk terus.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu