Nuffnang Adds

Thursday, January 16, 2014

Entry last 'Atta'

Entry terakhir untuk 'Atta'.. lepas nie boleh baca je untuk hilangkan rindu.. Tapi insyaallah 1 detik pun xkan hilang semua memori dengan Atta dr sy kecil smpai hari terakhir Atta kat dunia nie. Doa sy utk Atta xpnh putus.. Al-Fatihah..

Boleh review PART 1 and PART 2...

Lepas dari tu sy pun balik Shah Alam mcm biasa...Setiap pgi masa g keja dalam bas mesti baca yassin untuk Atta, berdoa supaya Atta sedar..Berdoa supaya Atta xlawan ngn oksigen..boleh ja terima oksigen.. Then rabu ( 27 Nov 2013) terdetik kat hati nie, nak tau apa penyebab dan kesan jangkitan kuman pada paru-paru. Coz sebelum nie xpnh ada lg sedara yg dpt penyakit pasal nie. So sblm balik keja petang tu skrol la psal penyakit nie.. Masyaallah...seriusnya penyakit nie..Selalunya pengakhiran peyakit nie adalah MATI.. Dalam hati terus rasa xtenteram..berkumpul air mata..huhuhu..

Then, cepat2 wassap En. Bf dan theta pie( kawan-kawan baik) inform kat diaorg apa kesan penyakit nie.. Tp diaorg still bg kata-kata semangat suh berdoa kepada Allah. Hanya Tuhan je yg tahu apa yg sy rasa mlm tu..serba tak kena ja..

Then pagi khamis pgi keja mcm biasa...sepanjang kat federal highway tu dalam hati berdoa kepada Allah supaya Atta sedar pagi nie.. Then siap bercakap lg dlm hati, moga dengan keajaiban Allah, Atta dengar je apa yg sy cakap.. Pagi tu siap tanya lagi Atta dah bangun ka, "Atta sihat x pgi nie, Atta jangan lawan oksigen...cek nak tgk Atta sedar" dengan harapan Atta dengar apa yg ak cakap dalam hati nie.. Sebab sepanjang minggu nie ada msg Kak Na tny oksigen Atta. Last call semalam oksigen Atta agak tggi 75% dr 60% time sy melawat kat hospital

Tengahari tu lepas lunch kat office, lebih kurang kul 1 petang tengok Mak sy kol..macam pelik je kol tengahari macam nie..Bila answer je kol, Mak cakap Atta dah Meninggal..trus terdiam time tu..dalam kepala nie igt mcm mn dia jaga waktu kecik..susah payah dia selama nie..Gugur jgak air mata kat ofis nie..Trus ckp kat bos nak balik...Otw balik Shah Alam..sy menagis je sepanjang jalan..semua org tgk pulak tu.Mesti apa diaorg fikir..tp xkisah..rasa nak tgk Atta time tu jgk...

Then packing barang terus bertolak balik Penang..dalam keta tu xputus baca yassin untuk Atta. Tp sygnya tak sempat tgk Atta kali terakhir sebab diaorg nak kebumi lepas magrib. Sy sampai dah Isyak.. Sy reda je..Atta pun lama dah dok ICU..tengok amma mlm tu lgi rasa sedih..tapi amma xigt sgt sbb badan dia terlampau sakit sampai dia mcm blur ja Atta dah meninggal..Syukur pada Allah..sbb kalu time tu dia sihat, sy boleh bayangkan sedih dia mcm mn..

Pagi tu pegi ziarah kubur Atta...nagis lgi :-( Lepas nie xboleh tengok Atta dah..Last cakap ngn Atta time syawal lepas.. Macam mn la nak hadapi raya tahun nie tanpa atta ngn amma

Baru nie (5 Jan 2014) Atta dah 40 hari..sebelum nie xpnh mimpi Atta pun..(xnak cerita mimpi tu)...bangun dari tidor terus nagis..Pagi tu kenduri tahlil untuk Atta tp xdapat balik Penang.. Hanya mampu sedekahkan yassin untuk Atta

P/S : blogger yang baca cerita saya nie mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bapa saya


Saya dengan Atta saya..masa nie umur 4 tahun kot.. Atta xpenah miss sambut bufday saya..penah sekali tu Atta beli rantai emas ada huruf 'N' sebagai hadiah bufday

Nie pun sambut bufday kat umah Atta.. Bila nak masuk tadika baru balik dok ngn mak..time cuti sekolah datang tidor umah Atta


No comments:

Post a Comment

< Sila tinggalkan jejak anda disini <