Nuffnang Adds

Friday, December 6, 2013

All About 'Atta' a.k.a AAA

Bismilahirahmanirahim 

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini mungkin entri yang sedih sangat. Masa sy tulis entri nie pun dah 9 Hari pemergian ayahanda sy. Sebelum cerita selanjutnya, sy akn jelaskan sapa ayahanda yg sy maksudkan nie. Sebab sebelum nie status sy di facebook ada menimbulkan sedikit salah faham. Ramai yg igat ayah kandung sy yg tengah sakit.


Ini la ayahanda sy yg menjaga sy di waktu kecik dulu. Dari cerita mak & ayh kandung sy, diaorg cakap selepas mak lahirkan sy 'atta n amma' nak jaga sy. So, my parents pun bagi diaorg jaga. Time cuti my parents akn datang tengok. Tapi diaorg nie pun stay kat Penang jgak. Means that, sy stay ngn diaorg dari baby sampai umur 5 tahun. Since time umur dah nak msuk 6 tahun, my parents dah amik sbb nak bg sy msuk tadika. Sweetnya kalu dipikirkan balik.

Dijadikan cerita setelah sy sekolah pun, time cuti je mesti nak datang kat diaorg. Dulu masa kecik, sy igt lg selalu fikir diaorg nie ayah n mak kandung sy.. Time kena balik umah sendiri, mesti nagis sorang2 dalam bilik sebab xnak balik, nak stay ngn diaorg. Walaupun diaorg dah ada 2 anak sendri, sy tetap dimanjakan time kecik..Tiap-tiap tahun mesti sambut bufday. Bila dah masuk sekolah rendah baru tau diaorg nie cuma penjaga ja..Sy dah ada mak n ayah kandung. Tapi time tu rasa happy jgak sbb sy ada 2 Mak & 2 Ayah. :-)

Tanggal 15 November 2013 kebetulan kereta yg sy&adik tengah guna ditenggelami banjir..So, pgi tu,sy ngn bz nak pgi keja terpaksa la naik bas. My sister yg uruskan hal keta tu. Then, bila sampai ofis dapat wassup from my sister cakap ' atta kat ICU skrg sbb suspect dengi'. Time baca msg tu, airmata nie trus turun tanpa henti.Dah time tu kat ofis, sbb dlm kepala dah fikir mcm2. Biasala dngar je ICU mesti mcm2 yg kita fikirkan. Patutnya keesokan hari ayah sy akan datang Shah Alam sbb sy akan konvo pada hari ahd tu. Sepanjang hari jumaat tu, hati dah tak tenteram sgt2..terus msg my love ckp kalu boleh xnak konvo, sy nak balik tgk 'atta' jgak. Time tu jgk tgh pening fikirkan keta. Kesian kat my sister terpaksa handle sorang2 dgn esoknya ayh nak datang.Confirm kena marah nanti. Tapi kami bkn sengaja pun nak bg keta msuk dalam banjir..huhuhu

Waktu smbyg zohor, sy berdoa kepada Yang Esa supaya bg sy sempat tgk 'atta' sebelum di hembuskan nafas terakhir. Terus hilang mood konvo time tu. Budak2 ofis pun ada tanya, nape mcm xdak mood.Kalu ikotkan hati nak nagis sepuasnya n ceritakan sbb apa. Tapi disebabkan kita baru kenal,sy rasa malu nak nagis depan korang..

Hati tak keruan time tu Tuhan saja tau. Nak saja kol Kak Na ( anak kepada atta) tp sy xkuat sbb sy mudah menagis. Dah time tu kat ofis, nti budak ofis terkejut plak. So time balik keja, baru kol Kk Na. Kk Na cakap atta bkn suspect dengi tapi jangkitan kuman dalam darah. So, sy pun xfikir apa la sbb xtau penyakit tu serius pun. Sbb Kk Na dah inform, doktor yg msukan kat ICU untuk nak msukan antibiotik.

Hari konvokesyen berjalan seperti biasa pada 17 November 2013 Klik Sini

p/s: sambung lagi cerita 'atta' di next entri

Atta - pangilan umpama ayah jugak..selalunya org mamak akan panggil ayah sebagai 'atta'

 


























No comments:

Post a Comment

< Sila tinggalkan jejak anda disini <