Nuffnang Adds

Wednesday, December 25, 2013

Bye Bye 2013... Welcome 2014

Sedar tak sedar kita dah di penghujung tahun dah.. Tak lama lagi dah nak sambut Tahun Baru 2014 dah..Sekarang nie mesti ramai pakat dok pasang azam 2014... :-) Azam 2013 pun ntah tercapai ke x..Tiap-tiap tahun pasang azam agaknyaa tapi buatnya tidak..hahahha..So, tahun nie berazam nak ada azam untuk Tahun 2014 n nak capai semua azam tu... Insyaallah...

Banyak kenangan Tahun 2013..Antaranya :-

Feb 1st time praktikal selama belajar nie.. ada kenangan manis n pahit..Tambahan bos tu ada restoran makanan selain syarikat consultant.. Penah sekali tu beli makanan dari kedai dia nasi goreng hailam..tak sangka dia nak bg sebijik mcm nasi sizzling (korang boleh bayang kot) .. Aku pun macam terkejut,pastu tny cashier tu kat sni mmg mcm tu ke nasi..dia pun gelak..Dok mmgu depan tu bos sy pggil, ckp knp sy kondem tukang masak dia..sy mcm xhormat pekerja dia la..Siap cakap kalu xnak xpyh beli.. Time tu sy explain apa yg jadi sebenarnya n start dr tu smpai abis praktikal xpnh beli makanan kat restoran bos n xpnh masuk restoran dia dah...N one more thing ntah kami yg slap pilih tempat praktikal ke atau nasib dpt tempat mcm tu..FYI yg praktikal kat situ hanya 2 org sy dan kawan sy dgn bos..So, total pekerja 3 Org..hhahhaha..
*    Julai presentation viva..maka berakhirnya hidupnya sy sebagai seorang pelajar degree :-)
*    Ogos berpuasa Ramadhan di Shah Alam untuk kali ke-2.. Dapat bukak puasa ngn mr Bf tiap2 mggu :-)
*    September sy dah bergelar seorang pekerja.. Best sgt2..Tahun 2014 cuti pekrja boleh feel skit sbb dah kerja..hahahah
*     Nov sy konvo kali ke-2 utk degree plak...Kali ke-2 naik pentas..Insyaallah ada rezeki nak sambung master plak.. Bln Nov jgk ayahanda yg jaga sy time kecil pergi menemui Allah s.w.t... 1 jasad yg telah pergi yg xkan dpt jmp lg :-( semoga atta di tempatkan di golongan org beriman.. Al-Fatihah
*     Dis lepas arwah atta, amma pun sama pergi meninggalkan sy :-( selang 12 hari ja ngn atta..amma mmg nak ikot atta sgt kan..huhuhu..lepas nie xdak dah orang yg nak kol sy,nak ckp lama2 ngn sy,nak amik tau psl sy...semua dalam kenangan dah..Apapun sy sangat bersyukur dapat jgak jaga amma disaat-saat akhir hidupnya..dapat juga baca yassin untuk atta di saat akhir hidupnya..Cuma terkilan xsempat bg duit gaji untuk depa.. Apapun, sy xkan putus berdoa untuk arwah amma ngn atta....Abis cerita tahun 2013...Japp belum abis lgi..Tahun 2013 abis dgn mggu nie sy akn pergi kursus kawin dgn Mr Bf.. Saja nak pgi awal, jgn tny pasal kawin sbb nk kawin 2015..tgh kumpul duit sendri.. :-) Tutup 2013


WELCOME 2014

Azam 2014
 
@ Nak pertingkatkan amal ibadat
@ Nak jadi anak yang solehah
@ Nak kurang marah-marah
@ Nak tukar status dah..xnak status single dah :-) Insyaallah
@ Nak dapat keja yg lagi baik dgn gaji lebih urmmmmm
@ Nak belajar Bi bg lagi cekap
@ Nak jadi rajin..TAK NAK banyak tidor dah
@ Nak jadi seorg yg lebih baik dari sebelum nie..Insyaallah

P/s : semoga sy dapat motivasi diri sendiri...harap azam 2014 boleh terlaksana..aminnnn

Wednesday, December 18, 2013

Bed Sores Atau Kudis Tekanan

Jom kenali apa itu Bed Sores Atau Kudis Tekanan?

Mungkin ramai diantara kita yang masih tidak tahu dengan penyakit ' bedsores@ kudis tekanan' termasuk sy sendri. Baru-baru nie arwah amma ( mak yg menjaga sy masa kecik) menghadapi penyakit 'bedsores' coz selepas arwah patah kaki, arwah dah xbangun hampir sebulan dan tiada pergerakkan langsung. Kesian tengok pesakit bedsores nie sbb diaorg mengerang kesakitan. Bila time dressing boleh kuar air mata tgk..Patient akan menjerit sbb xtahan pedih..huhuhu. Di sini sy beri sedikit info mngenai pnyakit ini. Pada sesiapa yang masih belum tahu bole baca mengenainya :-) stay tuned

Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan.

Antara tanda-tanda kudis tekanan akan berlaku ialah timbul warna kemerah-merahan pada bahagian yang berisiko. Kawasan yang berisiko berlakunya kudis tekanan ialah telinga, siku, tumit, punggung, buku lali dan sebagainya. Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.



Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Antara cara untuk mencegah kudis tekanan adalah dengan mengalihkan posisi pesakit setiap 2 jam sekali. Ini kerana salur darah menjadi lebih sempit disebabkan berat badan pesakit menekan salur darah. Selain itu, penggunaan tilam khas  juga dapat mengurangkan risiko mendapat kudis tekanan. Tilam khas ini dapat mengurangkan tekanan pada tempat-tempat yang terlibat.



Tilam pengaliran darah untuk pesakit bedsores


Satu lagi cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kudis tekanan adalah dengan melakukan urutan pada bahagian yang mempunyai risiko tinggi berlakunya kudis. Rawatan ini boleh dilakukan dengan mengosok bahagian berisiko. Dinasihatkan supaya tidak melakukan urutan di bahagian yang telah berkudis kerana boleh merosakkan salur darah dan saraf. Selain itu, pengambilan makanan yang bernutrisi juga sangat penting.

Cara baringan yang baik bagi menghindari terkena kudis tekanan:

1) Rendahkan kepala katil untuk mengelakkan geseran antara bahagian tubuh pesakit dan tilam.
2) Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut   daripada tekanan.
3) Jangan baring di atas tulang pinggul.
4) Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.
5) Jangan letakkan bantal di bawah lutut kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki.


Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan pesakit berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah. Jika di hospital, kebiasaannya doktor tidak membenarkan pesakit memakai pampers untuk memudahkan persalinan kepada pesakit. Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal.


Jika kudis tekanan telah muncul, anda perlulah merawat kudis tersebut dengan segera. Penjagaan rapi kudis ini dengan kerap mencuci bahagian kudis adalah sangat penting. Anti-septic boleh digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan. Ubat-ubatan juga boleh digunakan seperti antibiotik jika jangkitan berlaku. Walau bagaimana pun, sila dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum melakukan rawatan susulan.



 Titik Merah adalah kawasan berisiko terkena bedsores





Stage Bedsores


p/s : gambar real mungkin korang boleh search sendri kat 'Mr Google' sbb mayb setengah orang xkuat utk tgk. Setengah kudis bedsores nie berbau. 


 

Monday, December 16, 2013

Feel Fresh With Enchanteur Paris

Sebelum nie asyik entri sedih je.. Jadi, hari nie u'olls kita happy-happy sikit :-) stay tuned
Just nak sharing tentang losyen yg i selalu pakai..


Jenama : Enchanteur Paris
Light & Fresh Body Lotion
Harga: RM 0.99

Nice bau die..Rasa sangat-sangat fresh bila pakai. Terasa kulit jadi lembut je. Tapi yg penting losyen nie ada Whitening UV Protection. Coz sekarang nie sangatla penting untuk cari losyen yg ada UV protection dengan cuaca di Malaysia yg sangat panasss...So, u'olls yg masih tercari-cari losyen yang sesuai, I rekemen u'olls boleh cuba losyen nie..Sangat best dan yang penting murah je. Boleh dapatkan di Watsons@Guardian berhampiran anda.. :-)

ATTA


sambung dari ENTRI INI

Xdan nak abiskan entri pasal Atta, Amma dah pergi buat selama-lamanya. Tak sangka amma pun akan ikot atta jgak.. Sebelum tulis lebih lanjut, sy berharap pembaca yg baca entri nie tolong hadiahkan 'Al-Fatihah' untuk arwah mak & ayah yg menjaga sy time kecil dlu.. Semoga kalian suami isteri ditempatkan digolongan org beriman. Beza kalian cuma 12 hari.

Balik pada cerita atta, mggu lepas konvo mmg ayh sy suh pulang jumaat tu jgk utk tgk atta.. Ayah sy ckp, balik tgk atta takot apa2 jd.. Rasa sedih ja dgaq ayh ckp mcm tu sbb ayh dah g tgk atta kat hospital, mmg ayh ckp nmpk serius jgk..huuhuuhu.. Sepanjang mmgu sebelum nak balik Penang, setiap pagi sy akan berdoa kepada Allah supaya jgn amik nyawanya lgi.. Sy nak sangat tgk atta dlu sblm apa2. Tapi alhamdunillah pagi 22 November sy dah sampai hospital.. Bila tgk ja atta, terus menagis laju2, sedih sangat2 tgk atta dlm keadaan mcm tu..Penuh wayar di badan, badan dah bengkak, atta xsedar pun time tu..Kk Na ckp doktor bg ubat tidor sbb doktor masukkan osigen dalam badan atta, tp atta xmau terima osigen tu, badan atta lawan osigen. Tu menyebabkan atta jadi lg penat. So, tghari tu sapu air zam2 kat atta.. Rasa puas sgt2 dpat tgk atta. Sy decide ari tu nak tidor umh amma sbb nak tgk atta lg, nak jga amma lg.

Time tu amma pun dah sakit dengan baru lepas operate bisul di kepala, bedsore nya lg, patah kaki lg..huhuhu.. Ujian dari Allah..Kita sebgai manusia harus menerimanya.. Allah berikan ujian utk setiap umatnya. Semua ujian darinya kita mampu hadapi. Petang tu pegi tgk atta lg..atta bkak mata kejap time dlu.. Lega sgt2 rasa..Tp ntah atta kenal lg ke x, atta igt lg ke x.. Atta ja yg tau..So, ptg tu sy bacakan yassin di telinga atta. Cuma yg sedihnya sy xckp pun apa2 kat atta sbb xmampu nak bercakap, nagis ja tgk atta mcm tu.. Dulu atta sorang yg kuat walaupun dah umur 70++.. Smua berlaku dengan pantas.

Keesokkannya sebelum sy balik umh asal, sy pegi hospital lg jmp atta..Sekali lagi sy baca yassin di telinga atta, sapu air zam2.. Sy cuma berkata dalam hati n harap dengan kuasa Allah, atta dengar apa sy ckp. Sy ckp ' atta jgn lawan dgn osigen doktor bagi, atta bernafas pelan2..atta boleh pny buat..atta org yg kuat..amma tggu nak tgk atta..Setiap waktu amma tny atta ' harap apa yg sy ckp, atta dgar ari tu..Hari tu hari terakhir sy jmp atta.. Sepanjang naik ferry utk balik umh, sy tak putus berdoa semoga atta cepat sembuh

next entry- Tommorow :-)




























 










Friday, December 6, 2013

All About 'Atta' a.k.a AAA

Bismilahirahmanirahim 

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini mungkin entri yang sedih sangat. Masa sy tulis entri nie pun dah 9 Hari pemergian ayahanda sy. Sebelum cerita selanjutnya, sy akn jelaskan sapa ayahanda yg sy maksudkan nie. Sebab sebelum nie status sy di facebook ada menimbulkan sedikit salah faham. Ramai yg igat ayah kandung sy yg tengah sakit.


Ini la ayahanda sy yg menjaga sy di waktu kecik dulu. Dari cerita mak & ayh kandung sy, diaorg cakap selepas mak lahirkan sy 'atta n amma' nak jaga sy. So, my parents pun bagi diaorg jaga. Time cuti my parents akn datang tengok. Tapi diaorg nie pun stay kat Penang jgak. Means that, sy stay ngn diaorg dari baby sampai umur 5 tahun. Since time umur dah nak msuk 6 tahun, my parents dah amik sbb nak bg sy msuk tadika. Sweetnya kalu dipikirkan balik.

Dijadikan cerita setelah sy sekolah pun, time cuti je mesti nak datang kat diaorg. Dulu masa kecik, sy igt lg selalu fikir diaorg nie ayah n mak kandung sy.. Time kena balik umah sendiri, mesti nagis sorang2 dalam bilik sebab xnak balik, nak stay ngn diaorg. Walaupun diaorg dah ada 2 anak sendri, sy tetap dimanjakan time kecik..Tiap-tiap tahun mesti sambut bufday. Bila dah masuk sekolah rendah baru tau diaorg nie cuma penjaga ja..Sy dah ada mak n ayah kandung. Tapi time tu rasa happy jgak sbb sy ada 2 Mak & 2 Ayah. :-)

Tanggal 15 November 2013 kebetulan kereta yg sy&adik tengah guna ditenggelami banjir..So, pgi tu,sy ngn bz nak pgi keja terpaksa la naik bas. My sister yg uruskan hal keta tu. Then, bila sampai ofis dapat wassup from my sister cakap ' atta kat ICU skrg sbb suspect dengi'. Time baca msg tu, airmata nie trus turun tanpa henti.Dah time tu kat ofis, sbb dlm kepala dah fikir mcm2. Biasala dngar je ICU mesti mcm2 yg kita fikirkan. Patutnya keesokan hari ayah sy akan datang Shah Alam sbb sy akan konvo pada hari ahd tu. Sepanjang hari jumaat tu, hati dah tak tenteram sgt2..terus msg my love ckp kalu boleh xnak konvo, sy nak balik tgk 'atta' jgak. Time tu jgk tgh pening fikirkan keta. Kesian kat my sister terpaksa handle sorang2 dgn esoknya ayh nak datang.Confirm kena marah nanti. Tapi kami bkn sengaja pun nak bg keta msuk dalam banjir..huhuhu

Waktu smbyg zohor, sy berdoa kepada Yang Esa supaya bg sy sempat tgk 'atta' sebelum di hembuskan nafas terakhir. Terus hilang mood konvo time tu. Budak2 ofis pun ada tanya, nape mcm xdak mood.Kalu ikotkan hati nak nagis sepuasnya n ceritakan sbb apa. Tapi disebabkan kita baru kenal,sy rasa malu nak nagis depan korang..

Hati tak keruan time tu Tuhan saja tau. Nak saja kol Kak Na ( anak kepada atta) tp sy xkuat sbb sy mudah menagis. Dah time tu kat ofis, nti budak ofis terkejut plak. So time balik keja, baru kol Kk Na. Kk Na cakap atta bkn suspect dengi tapi jangkitan kuman dalam darah. So, sy pun xfikir apa la sbb xtau penyakit tu serius pun. Sbb Kk Na dah inform, doktor yg msukan kat ICU untuk nak msukan antibiotik.

Hari konvokesyen berjalan seperti biasa pada 17 November 2013 Klik Sini

p/s: sambung lagi cerita 'atta' di next entri

Atta - pangilan umpama ayah jugak..selalunya org mamak akan panggil ayah sebagai 'atta'

 


























Wednesday, November 27, 2013

Pameran Pengantin Malaysia@ SACC Mall

Info khas buat bakal-bakal pengantin di luar sana!!!!!!!



Hip Hip Horayyyyy.....Pameran Pengantin Malaysia datang lagi!.. Jom kita sama-sama serbu sana..Dengar cita banyak vendor akan menawarkan price yang murah dan berbaloi (sebab semua vendor pun akan bagi offer kaw2!) Kalau bernasib baik siap dapat free gift lagi tu :) 

 

so apa lagi, jom kita kosongkan sehari aktiviti kita minggu nie and  spend masa dengan pasangan kita untuk terjah SACC Mall Shah Alam 29 November - Disember 2013 Pameran Pengantin ni ye :) ... Sy pun 1st time nak pgi nie..excitednyaaa :-)  
macam2 ada kad kawin, pelamin, baju2, photographer, catering, doorgift. Pendek kata semua khidmat yang korang perlukan semua ada :) Boleh cuci mata sekali kannnnnn


Apa tunggu lagi? waktu ni la masa sesuai nak berbincang dan survey khidmat yang kalian perlukan dengan pasangan masing2 :) 
 




Tuesday, November 19, 2013

My Convocation Day Part 1

Review on My Convocation Day
Alhamdunillah, I'm officially graduated as BBA (Hons) Business Economics at UiTM Shah Alam
And now i'm already working as Research Assistant at C6 Solutions... 
So far I'm proud wif myself :-) i could finish my degree..Thanks to my Mom & Dad give me full support in my studies..




Thanks Ba & Mak...Tanpa duit kalian xmungkin saya akan mengangam segulung ijazah sekarang



My Happy Family..Love all of you :-)



Free Style



Three of us






Thanks for giving me full support within this 3 years. I love so much abg


 Alhamdunillah...watikah yang ku miliki akan ku semat di hati...Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti



Wednesday, November 6, 2013

Nothing But Everything

just wanna to share wats in my mind rite now :-)

Last weekend, masyarakat India menyambut perayaan Deepavali
Kebetulan bf sy ramai kawan india, so kitaorg pegi umh best friend dia kat Rawang
Kawan dia pulak baru pindah umah baru, so tahun nie lagi besar la diaorg celebrate raya.
Makanan pun sedap sgt2.. Sy nie penggemar makanan india la katakan. Jadi kat Shah Alam macam susah je dapat makanan india.. So time nie la nk bedal sesungguh hati..huhuhu


Patutnya sy tengah diet sekarang nie tapi disebabkan lama xmakan makanan India, sy makan banyak sgt2 sampai lupa diri tengah diet..hhehehhe... Akibatnya jadi la macam nie...



Pakwa & Makwa yang sama besar :-)



Bukan nak banggakan diri tapi memang dulu sy xdak la sebesar bf sy sekarang..hehhehe.. Tapi yang bestnya bf sy pandai sgt amik hati walaupun dia jarang tunjuk... Lepas tengok pic nie sy cakap kat dia :

Sayang : Abg..sekarang sayang nampak gemuk kan?
Abang : Laaa..sayang baru tau skrg ka?hahahhaha

Sayang : Ishhhhh...tumbuk abg kuat2
Abang : heheh..tak la syg..sebenarnya syg gemuk lgi nampak syg cantik

Sayang : i love u abg...hehhehehe ( tak penah lg rasanya ada bf yg akn ckp mcm nie)


Nie jugak gambar 1st sy post dalam fbook selepas kami dah couple 3 tahun.. Sebelum nie tak penah post gambar berdua kat facebook. Mr. Boyfriend xbagi greenlight, dia cakap dah bertunang baru boleh post.. Tapi nie pun post tanpa pengetahuan dia..Bila dia tau, dia senyum je..xnak cakap apa dah..hahahaha.. Dia dah faham sngat ngan perangai gf dia nie..hahahha








Thursday, October 31, 2013

Tappers Cafe, Jaya One Petaling Jaya

Dah lama rasanya tak update blog nie...huhuhu
Banyak lagi entry yg tak di update, tapi xdak masa skrg
Kebetulan saya pun dah start keja skrg

So, arinie nak updated sedikit info of Tappers Cafe, Jaya One Petaling Jaya
1st time sebenarnya makan kat sini... nie pun sebab nak sambut bufday officemate..
We ouls decide nak makan sini.. So far, not bad food dia..
Sedap and kenyang sgt!!!
Sini pun ada set lunch serve dengan air sekali.. 
Uols boleh review kat bawah nie...semua sdap bangat and harga pun berpatutan
Cuba Try !!!
 



 Lunch Time 11 am - 2.30 pm







Chicken Parmigiana

Gambar atas nie pilihan saya bersama Lime Juice.. Sorry gambar air xsempat nak snap



Monday, July 15, 2013

Marhaban Ya Ramadan
















salam ramadan kepada semua umat Islam...
Alhamdunillah masih diberi peluang untuk menyambut ramadan tahun nie..
Semoga Ramadan tahun nie menjadi ramadan yang terbaik...







Thursday, June 20, 2013

Melaka Oh Melaka Part 3

sambungan dari entry Part 2

kali ini kita orang terjah kedai makan plak..hihihi. Datang Melaka nie, rasa lain sebabnya kitaorang macam datang untuk rancangan Jalan2 Cari Makan plak. P mana pun nak makan je. So, malam nie kami singgah Ikan Bakar Parameswara terletak di Umbai. Nasib baik my love cakap baik kita booking dulu coz kami kan datang time cuti sekolah. Of coz full house pny. I pun call Umbai booking for 2 person at 8 p.m. Then, around 9 p.m baru kitaorang sampai sebab jalan jem sgt otw datang sini..Lepas cari parking, datang sini mmg full house. I pun pergi tny diaorg nama I. Pakcik pun cakap la meja no berapa and order smua pakai no nie. So, better b4 u olls pegi call untuk booking dulu. 

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat).  

Memang sangat friendly and baik orangnya



Pintu Masuk Kedai


Senarai lauk- pauk yang disediakan di sini


Macam-macam pilihan yang boleh dipilih





Teruknya muka i time nie..huhuhu


Nie la no yang diberi setelah anda booking. Pergi je cari meja yang tulis nama and no booking anda


XOXO


Udang masak sambal. 6 ekor je udang nie dengan saiz sederhana besar. RM11



Nie je lauk yang i kurang puas hati. Ikan Siakap Masak 3 Rasa. i bagi 2 bintang je untuk lauk nie.
Biasanya makan kedai lain mesti kuah yang banyak n color yang agak menarik kan. Yang nie ikan dia kurang garing, kuah pun kurang sedap


Asam pedas sini memang sedap. Kuahnya yang pedas n merah








Dah abis makan, kitaorang pun balik dengan perut yang sangat-sangat kenyang. Masing2 macam pregnant 5 bulan dah...huhuhu Harga yang sangat berbaloi. Rm70.50. Lauk yang kami ambil Udang masak sambal, Ikan pari masak asam pedas, Sotong goreng tepung, Siakap 3 rasa, Laici kang, Nas putih utk 3 orang..hahahha



Snap sebelum balik





eeee. muka macam hantu disebabkan flash..huhuuhu




UP Coming Entry