Nuffnang Adds

Wednesday, January 29, 2014

Sahabat Selamanya...PART 2

 Sambungan dari entry  Sahabat Selamanya...PART 1

Dulu...Kini... dan Selamanya... 

Just nak refresh balik kenangan-kenangan lama bersama theta pie.. Ingat lagi kita kenal zaman diploma dulu masa Part 3 kot kita start rapat.. Part 1 and Part 2 masing2 jeling2 je..hehhe..Banyak sangat kenangan kita...Sewa kereta tiap-tiap minggu,overnight kat Penang, Perak,Alor Setaq,Arau..Memang best gila ak cakap wei.. Tak penah kita kurang duit pun..Ada ja duit untuk kita p sewa keta.. Macam-macam kenangan la weii..



Aku ingat lagi kita kumpul duit sama-sama time Part 6 untuk nak mai KL.. Ampa mai teman ak jumpa Nazar..Pastu kita p Melaka teman Bot jumpa Syahir.. Dom jumpa Herzeri..Kip jumpa Juih...Memang happening sangat.. Ak ngn takot gila nak jumpa Nazar time tu..Bila Sampai Melaka fesyen gila apa ntah kita pakai...hahahah (tp gambaq KL,Melaka ak xletak sbb ampa xpkai tudung) . BBQ yang kita buat time kat Pengkalan Balak.. Time tu ak xtolong ampa pun sbb bz ngan kereta Mercedes...Ak bila sebut Mercedes meluat gila..sbb dia dok buat baguih sangat..Gagah kita naik bas dari Perlis-Kuala Lumpur-Sungai Buloh-Genting-Melaka-Perlis.. 



Ampa ingat lagi dulu kita nak p overnight jauh-jauh terpaksa tipu rumet kita, sorang lari tangga sana, sorang lari tangga sni la...hahhaha..macam2 alasan kena bg untuk lari dr depa..bila dah overnight xtau nak tidor mana plak..Time kat Penang siap cermin keta ketuk ngan orang mabuk la,polis la..hahahha Lari p Teluk Bahang.. Tp bot plak takot ayah dia nmpak dia..Kita Punya cari Naza Tayla yg arwah Shafiq cakap, Tapi xjumpa pun..alik-alik tidoq Anggerik lagi..Anggerik dah mcm rumah kita..Daah banyak kali kita tidoq sana..Time tu ampa kuaq makan ngn Gerhana Sky Morning la.. Ak sorang dok dalam bilik...






PART 3 to be continue :-) 

Tuesday, January 28, 2014

Sahabat Selamanya...PART 1


“sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Akhirnya tertunai jugak permintaan rakanku untuk tulis blog mengenai sahabat..Patutnya blog nie ditulis sebelum Tahun 2014.. Tapi sebab banyak keja, skrg baru entry tertangguh dapat ditunaikan.. Sebenarnya permintaan rakanku suruh tulis blog "Sahabat" sampai dapat buat diaorg menagis.. Tapi entahlah ampa tersentuh hati ke x.. BTW entry nie ikhlas dari hati aku bukan rekaan semata-mata :-) Entry nie sebenarnya banyak lg gambar dari kata-kata.. Supaya ampa masih ingat cerita yang jadi bila tengok gambar.. Hope so la.. Tu baru namanya kawan sejati dunia akhirat..

Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kalaku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatkuSahabat... tetap bersama mu jika
Kau perlu... kan ku... dan ku tak kaku
Tak kekok kalau sampai buntu
Kita belok

Ku tahu ku kan selalu ada
Ada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku


Next entry akan bersambung lagi dalam PART 2,3,4......

Thursday, January 23, 2014

Keistimewaan Hari Jumaat




Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)

 

Keutamaan Hari Jumaat


Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.


1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:

  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”


2.  Hari Bagi Kaum Muslimin


Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)


3.  Penghulu Segala Hari


Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)


4.  Hari Kebesaran Mingguan


Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)


5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat


Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi

Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


7.  Hari Mustajab Berdoa


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a.     Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b.     Pada akhir waktu Asar.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis  yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.”  (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).

8.  Hari Dihapuskan Dosa


Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)

Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).


9.  Hari Lebih Utama Bersedekah


Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)


10.  Hari Meraih Pahala


Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).


11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT


Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)


12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’


Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).


13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur


Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)


14.  Hari Berlakunya Qiamat


Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)


15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga


Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas :‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”

#*
Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT.


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Thursday, January 16, 2014

Entry last 'Atta'

Entry terakhir untuk 'Atta'.. lepas nie boleh baca je untuk hilangkan rindu.. Tapi insyaallah 1 detik pun xkan hilang semua memori dengan Atta dr sy kecil smpai hari terakhir Atta kat dunia nie. Doa sy utk Atta xpnh putus.. Al-Fatihah..

Boleh review PART 1 and PART 2...

Lepas dari tu sy pun balik Shah Alam mcm biasa...Setiap pgi masa g keja dalam bas mesti baca yassin untuk Atta, berdoa supaya Atta sedar..Berdoa supaya Atta xlawan ngn oksigen..boleh ja terima oksigen.. Then rabu ( 27 Nov 2013) terdetik kat hati nie, nak tau apa penyebab dan kesan jangkitan kuman pada paru-paru. Coz sebelum nie xpnh ada lg sedara yg dpt penyakit pasal nie. So sblm balik keja petang tu skrol la psal penyakit nie.. Masyaallah...seriusnya penyakit nie..Selalunya pengakhiran peyakit nie adalah MATI.. Dalam hati terus rasa xtenteram..berkumpul air mata..huhuhu..

Then, cepat2 wassap En. Bf dan theta pie( kawan-kawan baik) inform kat diaorg apa kesan penyakit nie.. Tp diaorg still bg kata-kata semangat suh berdoa kepada Allah. Hanya Tuhan je yg tahu apa yg sy rasa mlm tu..serba tak kena ja..

Then pagi khamis pgi keja mcm biasa...sepanjang kat federal highway tu dalam hati berdoa kepada Allah supaya Atta sedar pagi nie.. Then siap bercakap lg dlm hati, moga dengan keajaiban Allah, Atta dengar je apa yg sy cakap.. Pagi tu siap tanya lagi Atta dah bangun ka, "Atta sihat x pgi nie, Atta jangan lawan oksigen...cek nak tgk Atta sedar" dengan harapan Atta dengar apa yg ak cakap dalam hati nie.. Sebab sepanjang minggu nie ada msg Kak Na tny oksigen Atta. Last call semalam oksigen Atta agak tggi 75% dr 60% time sy melawat kat hospital

Tengahari tu lepas lunch kat office, lebih kurang kul 1 petang tengok Mak sy kol..macam pelik je kol tengahari macam nie..Bila answer je kol, Mak cakap Atta dah Meninggal..trus terdiam time tu..dalam kepala nie igt mcm mn dia jaga waktu kecik..susah payah dia selama nie..Gugur jgak air mata kat ofis nie..Trus ckp kat bos nak balik...Otw balik Shah Alam..sy menagis je sepanjang jalan..semua org tgk pulak tu.Mesti apa diaorg fikir..tp xkisah..rasa nak tgk Atta time tu jgk...

Then packing barang terus bertolak balik Penang..dalam keta tu xputus baca yassin untuk Atta. Tp sygnya tak sempat tgk Atta kali terakhir sebab diaorg nak kebumi lepas magrib. Sy sampai dah Isyak.. Sy reda je..Atta pun lama dah dok ICU..tengok amma mlm tu lgi rasa sedih..tapi amma xigt sgt sbb badan dia terlampau sakit sampai dia mcm blur ja Atta dah meninggal..Syukur pada Allah..sbb kalu time tu dia sihat, sy boleh bayangkan sedih dia mcm mn..

Pagi tu pegi ziarah kubur Atta...nagis lgi :-( Lepas nie xboleh tengok Atta dah..Last cakap ngn Atta time syawal lepas.. Macam mn la nak hadapi raya tahun nie tanpa atta ngn amma

Baru nie (5 Jan 2014) Atta dah 40 hari..sebelum nie xpnh mimpi Atta pun..(xnak cerita mimpi tu)...bangun dari tidor terus nagis..Pagi tu kenduri tahlil untuk Atta tp xdapat balik Penang.. Hanya mampu sedekahkan yassin untuk Atta

P/S : blogger yang baca cerita saya nie mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bapa saya


Saya dengan Atta saya..masa nie umur 4 tahun kot.. Atta xpenah miss sambut bufday saya..penah sekali tu Atta beli rantai emas ada huruf 'N' sebagai hadiah bufday

Nie pun sambut bufday kat umah Atta.. Bila nak masuk tadika baru balik dok ngn mak..time cuti sekolah datang tidor umah Atta


Tuesday, January 14, 2014

Kursus Kahwin 2013

Bunyi entry macam nak kawin je...heheheh..Fyi information, sy blom nak kawen lg..Insyaallah tahun 2015 baru nak menamatkan zaman bujang.. Maklumlah sekarang tengah aktif untuk kumpul duit..hahaha..Dapatkah ak kumpul untuk selamanya??? macam bunyi lirik lagu je..hihihi..

Now nak straight to the point la..Asyik melalut ja..Saya just nak kongsi pengalaman supaya ada readers lain yg boleh baca and get some information. Taon lepas 2013 sy ngn En Bf sempat la menghadiri kursus  pra kahwin anjuran JAIS Shah Alam pada 28-29 Disember 2013.. Kononnya penutup taon untuk kami berdua..hahahha

Tak dinafikan first-first cuak jgak nak pegi sbb ramai yg cakap ada test la xda. So far kat JAIS nie xdak exam pun.. Dengar ceramah macam biasa ja.. First bila sampai sana korang kena g register dulu.. Fee Rm80.. Then urusetia akan bagi resit and file mcm gambar kat bawah nie.. Dalam nie ada buku nota,pen,flyers berkaitan nikah, and buku gerbang perkahwinan



Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor ( bangunan berhadapan Masjid Shah Alam)


File yang diberi selepas pendaftaran


Tentatif untuk 2 hari

 Tentatif hari Sabtu.. 
So far better korang pegi awal sebab memang cepat je penuh.. Hari tu pegi pun dah ramai orang tp yang bestnya dpat duduk sebelah En.Bf :-) cuma gap ngn lorong..boleh la hendap2 sikit..hehhehe. Kitaorg duduk barisan kedua depan supaya ilmu masuk banyak skit..heheh. Mesti korang dah biasa dengar orang yg duduk paling depan ilmu cepat masuk.

 Tentatif hari Ahad
Yg bestnya bila dok depan nie banyak pulak kena soal..heheh..Tp jangan takot soalan senang je. Contohnya: pasangan orang mana, nak anak berapa, tunang ada dalam dewan nie x. Yang bestnya sorang penceramah tu tanya sy pasangan mana,sy tunjuk la yg kat sebelah nie. Then penceramah cakap muka iras sama..ada jodoh nie..Aminnn.. Hopefully la

 Nanti before nak kawin tu rajin-rajinla bukak n baca buku nie. Kebanyakan ceramah yg diberi semua ada dalam buku nie. Untungnya kat JAIS nie penceramah memang BEST GILER.. Keja gelak je ak nie..huhu..xmngantok langsung pun. En.Bf kat sebalah pun gelak memanjang je.

B4 abis ceramah, diaorg tunjukan video bersalin normal, Ceaser, songsang.. Best sangat..Alahai ngilunya rasa terus macam xnak beranak.. Abis je kursus terus tanya En.Bf rasanya2 pas tgk video tu, nanti syg bersalin boleh ke x baby nk kuar??heheh.. Dia senyum je..Malas dia nak layan. Btw salah sorang penceramah yg bg ceramah tu adalah jurunikah time kawin Rozita Che Wan.. Best dengar kes-kes yg diaorg cakap..Masalah cerai,nikah..macam-macam lah..Dengar pun naik takot

Apapun lepas dengar ceramah nie mmg rasa besar sangat tanggungjawab isteri untuk suami. Iye la kan pas kawen nanti syurga di bawah tapak kaki suami, kena la taat suami sepenuhnya asalkan tak melanggar syariat Allah s.w.t..Sebelum kawin nie kena ada persedian mental dan fizikal supaya dapat kebahagian sehingga akhir hayat. Special thanks untuk ustaz n ustazah yang bg ceramah hari tu..Memang super duper best n banyak pengalaman yang dpt diambil dan di jadikan teladan. Semoga ikatan perkahwinan saya akan datang mendapat keberkatan dari Yang Esa dan berkekalan hingga akhir hayat..Insyaallah

 Sijil Kursus Pra Perkahwinan.. 
(better simpan elok-elok sbb masa nak memohon nikah kena tunjuk. Kalu hilang kena pergi lagi sekali)

 
Muka happy lepas pegi kursus.. Insyaallah ada jodoh,bersatu jugak kita

 
TEMPAT KURSUS

** Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor

TEMPOH MASA KURSUS

** 2 hari (tiada bermalam)

BAYARAN KURSUS

** RM 80.00 - termasuk fail, makan dan minum
** Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran kursus

PROSEDUR MENYERTAI KURSUS PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN

** Isi borang permohonan kursus di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan atau download borang (Isi borang kursus) untuk mengikuti kursus anjuran JAIS di Shah Alam.
** Kursus ini hendaklah diambil oleh bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah.
** Hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih
** Hadir Pendaftaran kursus di Bangunan Sultan Idris Shah pada hari tarikh yang dipilih -->Sabtu (7.45 - 8.30 pagi)
** Aturcara Kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam(MBKPPI)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

** Salinan IC semasa pendaftaran( jika diminta )

SOALAN YANG SERING DITANYA

Berapakah tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan yang diikuti di mana-mana tempat yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri?
Sijil Kursus Pra Perkahwinan tersebut sah laku pada bila-bila masa.


mood: happy lepas kursus terus serbu setia city mall n grab handbeg sbb En.Bf dapat bonus



Sunday, January 5, 2014

First entry for 2014.. Start with Cendol Bakar, Aroma Ikan Bakar, Jeram end with Kelip-Kelip Kg Kuantan


Sedar tak sedar dah 2014 tahun ni. In fact hari ni dah 06 Januari 2014! cepatnya masa berlalu..
Insha-Allah.. will make full use of 2014. a lot of things going to happen in Allah's will. one of it is I am getting to lose my weight. Aminn!!! Kali nie rasanya xnak tulis apa2..just nak share gambar-gambar je time st Januari hari tu :-)

Hari tu sebenarnya nak pegi makan ikan bakar dekat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor sempena En.BF dapat bonus..hehehhe...tu yang bestnya..

otw nak pegi kuala selangor, En Bf cakap kat sini ada CENDOL BAKAR DRIVE THRU KUALA SELANGOR sedap..Jom try

Nie la dia tempat dia...rugi xpegi..cendol mmg sedap sangat2.. U'olls can try
GPS Koordinat : 3.301601, 101.291993
Lokasi : Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor

 View kedai dari dalam keta..Sbb kitaorg just drive-thru je sbb mmg ramai sgt org kat kedai dia tambahan pula New Year time nie



Persembahan nasyid dari adik-adik

En Bf xlarat nak tggu Q dah..garang je muka sampai blurr... pic nie..huhuhu

 Menu cendol..boleh pilih siap2 :-)


After that, kitaorg teruskan perjalan serbu Aroma Ikan Bakar Kuala Selangor pulak.. Sbb ramai cakap sini murah and sedap.Better sebelum pegi korang booking siap-siap sbb sini memang ramai orang. Kitaorg booking pukul 5.30..Bila sampai sana mcm pegi pukul 8 plak sbb orang terlampau ramai

Rating Food : 4/5 better then Tanjung Harapan, Klang and Umbai Ikan Bakar Parameswara,Melaka
Rating Price : Sama ja harga ngn Tanjung Harapan xdak murah pun but Umbai Ikan Bakar Parameswara,Melaka  paling murah


Alamat : Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, 
Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)
 
Nak interframe jugak kat signage nie..hehehe

pic: Mr Google
Tapi macam nie la time sy pegi pun.. Kat sini ada 3 jenis tempat duduk..Harga pun berbeza2..Kalu mcm nie free je..Kalu dalam atap tu charge Rm10 lg satu charge Rm20. Sy ckp kat En Bf xpyh la, yg nie pun ok dah..satg dok tmpt best2,skali mknan xsdap buat rugi je..hahahah.. So, boleh je google utk tgk tmpat yg sy mention td

 Tempat pilihan seafood
Pic : Mr Goole jugak...sibuk memilih sampai xsempat snap pic

Pilihan Seafood

Layan gambar we'olls yg sedang menunggu makanan dan muka kelaparan :-)
 





 Sotong goreng tepung & siakap bakar...sedapppp

 Udang goreng butter & kerang rebus... Udang kurang OK sikit sbb lembik.. Tomyam dan kailan je xsempat snap.. Dah lapar sgt






Abisssss...gambar lepas makan je xsempat snap...Then alang-alang dah sampai sini trus ajak En Bf pegi tgk Kelip-Kelip kat Kg Kuantan.. Sebenarnya hasrat nie dah simpan 2 tahun sudah. Sekarang baru En Bf nak bwak..hehehe..Anyway hepi sangat2..



 Caj dikenakan untuk nak pegi tgk kelip-kelip sbb kelip-kelip nie tiggal di pohon rembang dekat tengah2 sungai.. So, alang-alang sampai sini baik naik je sampan utk tengok kelip-kelip. Satu sampan dikenakan caj sebanyak Rm50 boleh naik 4 orang.. Akan ada orang mendayung OK bukan guna engin sbb takot kelip-kelip hilang sbb bau minyak enjin.



Nie la keadaannya.. Kelip-kelip ada kat pohon rembang belakang tu..Selalunya kat sni diaorg xbg kita guna flash camera/hp sbb takot kelip-kelip lari

Jetty di waktu pagi

 Beratur untuk naik sampan

 Dgn high heel ak jah sampai blurr ak amik gambar.hahahah


















 End of the day....