Nuffnang Adds

Tuesday, January 14, 2014

Kursus Kahwin 2013

Bunyi entry macam nak kawin je...heheheh..Fyi information, sy blom nak kawen lg..Insyaallah tahun 2015 baru nak menamatkan zaman bujang.. Maklumlah sekarang tengah aktif untuk kumpul duit..hahaha..Dapatkah ak kumpul untuk selamanya??? macam bunyi lirik lagu je..hihihi..

Now nak straight to the point la..Asyik melalut ja..Saya just nak kongsi pengalaman supaya ada readers lain yg boleh baca and get some information. Taon lepas 2013 sy ngn En Bf sempat la menghadiri kursus  pra kahwin anjuran JAIS Shah Alam pada 28-29 Disember 2013.. Kononnya penutup taon untuk kami berdua..hahahha

Tak dinafikan first-first cuak jgak nak pegi sbb ramai yg cakap ada test la xda. So far kat JAIS nie xdak exam pun.. Dengar ceramah macam biasa ja.. First bila sampai sana korang kena g register dulu.. Fee Rm80.. Then urusetia akan bagi resit and file mcm gambar kat bawah nie.. Dalam nie ada buku nota,pen,flyers berkaitan nikah, and buku gerbang perkahwinan



Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor ( bangunan berhadapan Masjid Shah Alam)


File yang diberi selepas pendaftaran


Tentatif untuk 2 hari

 Tentatif hari Sabtu.. 
So far better korang pegi awal sebab memang cepat je penuh.. Hari tu pegi pun dah ramai orang tp yang bestnya dpat duduk sebelah En.Bf :-) cuma gap ngn lorong..boleh la hendap2 sikit..hehhehe. Kitaorg duduk barisan kedua depan supaya ilmu masuk banyak skit..heheh. Mesti korang dah biasa dengar orang yg duduk paling depan ilmu cepat masuk.

 Tentatif hari Ahad
Yg bestnya bila dok depan nie banyak pulak kena soal..heheh..Tp jangan takot soalan senang je. Contohnya: pasangan orang mana, nak anak berapa, tunang ada dalam dewan nie x. Yang bestnya sorang penceramah tu tanya sy pasangan mana,sy tunjuk la yg kat sebelah nie. Then penceramah cakap muka iras sama..ada jodoh nie..Aminnn.. Hopefully la

 Nanti before nak kawin tu rajin-rajinla bukak n baca buku nie. Kebanyakan ceramah yg diberi semua ada dalam buku nie. Untungnya kat JAIS nie penceramah memang BEST GILER.. Keja gelak je ak nie..huhu..xmngantok langsung pun. En.Bf kat sebalah pun gelak memanjang je.

B4 abis ceramah, diaorg tunjukan video bersalin normal, Ceaser, songsang.. Best sangat..Alahai ngilunya rasa terus macam xnak beranak.. Abis je kursus terus tanya En.Bf rasanya2 pas tgk video tu, nanti syg bersalin boleh ke x baby nk kuar??heheh.. Dia senyum je..Malas dia nak layan. Btw salah sorang penceramah yg bg ceramah tu adalah jurunikah time kawin Rozita Che Wan.. Best dengar kes-kes yg diaorg cakap..Masalah cerai,nikah..macam-macam lah..Dengar pun naik takot

Apapun lepas dengar ceramah nie mmg rasa besar sangat tanggungjawab isteri untuk suami. Iye la kan pas kawen nanti syurga di bawah tapak kaki suami, kena la taat suami sepenuhnya asalkan tak melanggar syariat Allah s.w.t..Sebelum kawin nie kena ada persedian mental dan fizikal supaya dapat kebahagian sehingga akhir hayat. Special thanks untuk ustaz n ustazah yang bg ceramah hari tu..Memang super duper best n banyak pengalaman yang dpt diambil dan di jadikan teladan. Semoga ikatan perkahwinan saya akan datang mendapat keberkatan dari Yang Esa dan berkekalan hingga akhir hayat..Insyaallah

 Sijil Kursus Pra Perkahwinan.. 
(better simpan elok-elok sbb masa nak memohon nikah kena tunjuk. Kalu hilang kena pergi lagi sekali)

 
Muka happy lepas pegi kursus.. Insyaallah ada jodoh,bersatu jugak kita

 
TEMPAT KURSUS

** Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor

TEMPOH MASA KURSUS

** 2 hari (tiada bermalam)

BAYARAN KURSUS

** RM 80.00 - termasuk fail, makan dan minum
** Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran kursus

PROSEDUR MENYERTAI KURSUS PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN

** Isi borang permohonan kursus di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan atau download borang (Isi borang kursus) untuk mengikuti kursus anjuran JAIS di Shah Alam.
** Kursus ini hendaklah diambil oleh bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah.
** Hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih
** Hadir Pendaftaran kursus di Bangunan Sultan Idris Shah pada hari tarikh yang dipilih -->Sabtu (7.45 - 8.30 pagi)
** Aturcara Kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam(MBKPPI)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

** Salinan IC semasa pendaftaran( jika diminta )

SOALAN YANG SERING DITANYA

Berapakah tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan yang diikuti di mana-mana tempat yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri?
Sijil Kursus Pra Perkahwinan tersebut sah laku pada bila-bila masa.


mood: happy lepas kursus terus serbu setia city mall n grab handbeg sbb En.Bf dapat bonus



No comments:

Post a Comment

< Sila tinggalkan jejak anda disini <