Nuffnang Adds

Wednesday, November 11, 2015

Ayam Goreng Telur Masin


Hari nie rasa nak share resepi pulak la... Alang dah datang mood nak tulis blog nie..Nanti hujung minggu boleh la mumies or yang masih bujang tu nak try kan..simple dimple sangat resepi nie.. Suka makan dengan nasi panas-panas dapat pulak sambal yang pedas, bertambah ummmmhhh la.. 1st time makan masa kat BAli, Indonesia hari tu..bila dah balik asyik teringat pulak..

Bahan-Bahan :
1/2 tin susu cair
 1 biji telur masin telah direbus (merah saja)
Sedikit butter
Daun kari
Bawang putih ( 1 ulas)
setengah kiub pati ayam

Ayam Goreng :
3 ketul ayam
tepung Bistari
lada sulah

Cara-caranya :
1. Gorengkan ayam yang telah disalut dengan tepung sehingga garing. Ketepikan
2. Cairkan butter dalam kuali
3. Tumis bawang putih dan daun kari. Masukkan kuib ayam
4. Kemudian masukkan telur masin merah yang telah dihancurkan
5. Akhir sekali, masukkan susu cair, biar mendidih kejap je, then terus tutup api..Susu cair nie cepat kering
6. Siap dah, boleh tuang atas ayam yang dah disalut dengan tepung tadi.

Selamat Mencuba ....... Portion bawah untuk sorang makan ye :-)






2 comments:

< Sila tinggalkan jejak anda disini <