Nuffnang Adds

Wednesday, December 18, 2013

Bed Sores Atau Kudis Tekanan

Jom kenali apa itu Bed Sores Atau Kudis Tekanan?

Mungkin ramai diantara kita yang masih tidak tahu dengan penyakit ' bedsores@ kudis tekanan' termasuk sy sendri. Baru-baru nie arwah amma ( mak yg menjaga sy masa kecik) menghadapi penyakit 'bedsores' coz selepas arwah patah kaki, arwah dah xbangun hampir sebulan dan tiada pergerakkan langsung. Kesian tengok pesakit bedsores nie sbb diaorg mengerang kesakitan. Bila time dressing boleh kuar air mata tgk..Patient akan menjerit sbb xtahan pedih..huhuhu. Di sini sy beri sedikit info mngenai pnyakit ini. Pada sesiapa yang masih belum tahu bole baca mengenainya :-) stay tuned

Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan.

Antara tanda-tanda kudis tekanan akan berlaku ialah timbul warna kemerah-merahan pada bahagian yang berisiko. Kawasan yang berisiko berlakunya kudis tekanan ialah telinga, siku, tumit, punggung, buku lali dan sebagainya. Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.



Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Antara cara untuk mencegah kudis tekanan adalah dengan mengalihkan posisi pesakit setiap 2 jam sekali. Ini kerana salur darah menjadi lebih sempit disebabkan berat badan pesakit menekan salur darah. Selain itu, penggunaan tilam khas  juga dapat mengurangkan risiko mendapat kudis tekanan. Tilam khas ini dapat mengurangkan tekanan pada tempat-tempat yang terlibat.



Tilam pengaliran darah untuk pesakit bedsores


Satu lagi cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kudis tekanan adalah dengan melakukan urutan pada bahagian yang mempunyai risiko tinggi berlakunya kudis. Rawatan ini boleh dilakukan dengan mengosok bahagian berisiko. Dinasihatkan supaya tidak melakukan urutan di bahagian yang telah berkudis kerana boleh merosakkan salur darah dan saraf. Selain itu, pengambilan makanan yang bernutrisi juga sangat penting.

Cara baringan yang baik bagi menghindari terkena kudis tekanan:

1) Rendahkan kepala katil untuk mengelakkan geseran antara bahagian tubuh pesakit dan tilam.
2) Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut   daripada tekanan.
3) Jangan baring di atas tulang pinggul.
4) Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.
5) Jangan letakkan bantal di bawah lutut kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki.


Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan pesakit berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah. Jika di hospital, kebiasaannya doktor tidak membenarkan pesakit memakai pampers untuk memudahkan persalinan kepada pesakit. Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal.


Jika kudis tekanan telah muncul, anda perlulah merawat kudis tersebut dengan segera. Penjagaan rapi kudis ini dengan kerap mencuci bahagian kudis adalah sangat penting. Anti-septic boleh digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan. Ubat-ubatan juga boleh digunakan seperti antibiotik jika jangkitan berlaku. Walau bagaimana pun, sila dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum melakukan rawatan susulan.



 Titik Merah adalah kawasan berisiko terkena bedsores





Stage Bedsores


p/s : gambar real mungkin korang boleh search sendri kat 'Mr Google' sbb mayb setengah orang xkuat utk tgk. Setengah kudis bedsores nie berbau. 


 

1 comment:

  1. hai sis, mcm mn u rawat ur amma? my mom patah tulang punggung, so x leh nk mengereng bagai, skang dh ada bedsores kt area punggung dia..

    ReplyDelete

< Sila tinggalkan jejak anda disini <