Nuffnang Adds

Wednesday, September 16, 2015

Ayam Panggang Berinti Kentang

salam all,


Selamat Hari Malaysia untuk semua warga Malaysia.. Alhamdullillah sekarang 16 Sept diisytiharkan sebagai hari cuti umum..heheheh.. dapat la juga untuk merehatkan diri kat rumah..Sempena cuti nie, ak pun rajinkan la diri untuk memasak.. Maklumlah, setelah 2 minggu lebih berumah tangga nie belum pernah masak lagi..Dulu kat rumah sewa selalu je masak, sekarang sy tinggal dengan MIL, semua dia yang buatkan..hihihi. So, semalam sy tawarkan diri untuk buat ayam panggang istimewa utk husband, MIL, SIL, BIL..tu pun kuah n nasi MIL masak...hahahaha

Kebetulan kawan sy siti sarah ada hadiahkan oven untuk hadiah kawen, apa lagi masa nie la untuk manfaatkannya..Jom scroll resepi di bawah :

Bahan-Bahan :
5 biji kentang
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato
serbuk kari ayam
serbuk cili
garam



Bahan-Bahan Perapan Ayam:
garam
sos tiram
sos cili
serbuk cili
serbuk kari ayam
halia, bawang besar,bawang putih (diblend halus)




ayam yang dah siap diperap dan disumbat inti kentang didalam badannya.. sedia dipanggang :-)

cara-cara memasak inti kentang :
Tumis bawang besar, bawang putih dan tomato sehingga layu.
Masukkan kentang, air, serbuk kari ayam, serbuk cili, garam
Perasakan dengan garam secukup rasa...tunggu sehingga kentang masak dan menjadi pekat
Kemudian boleh sumbat masuk dalam badan ayam yang di perap


 kentang yang tengah mendidih..tunggu sehingga pekat..

ayam siap dipanggang dalam oven dengan suhu 230'c selama 1 jam..


bila malam tinggal banyak nie ja...hahahah...alhamdullilah kenyang dah perut semua orang...


No comments:

Post a Comment

< Sila tinggalkan jejak anda disini <