Dapat la jugak makan, rasanya dari tahun 2014 en tunang ajak makan dah...tapi xsampai-sampai jugak
minggu lepas kitaorang pegi pun sebab kitaorang g menempah catering area Cheras.. En tunang ajak singgah Satay Willy...
Satay Willy
Address: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Phone:+60 13-330 9291
Hours: 4.00pm - 12.00 am
( terletak di Ramal Junction Foodcourt )
Kedai yang original
So far, aku memang suka la ngn satay dia..cuma satay dia bukan mcm Hj Samsuri.. Satay Willy ada lemak2 sikit, tapi isi tebal.. Masa nie kitaorang order 30cucuk..tapi xhabis pun, dah kenyang sangat..Ada macam jenis satay kat sini.. satay ayam, satay daging, satay kambing dll.. Satay ayam dan daging Rm0.70 secucuk.
Masa order kena beratur panjang dan diaorang estimate 45minit untuk dapat satay..tapi kejap je dalam 15minit kitaorang dapat dah. N diaorang jugak dah siapkan 1 kaunter untuk korang bungkus makanan lebihan. Service pun ok kat sana. Ada kedai macam2 jugak kat sana antaranya char koew teow, nasi ayam Sempoi, Burger bakar Abang Burn.. Nanti-nanti korang boleh la pegi try pulak.
Nasi Ayam Sempoi ( RM 5.85 include GST oiiii )
Belanja 1 pic muka kekenyangan
No comments:
Post a Comment
< Sila tinggalkan jejak anda disini <