January
1st time bawak en. tunang datang Penang setelah 4 tahun couple..hihihi... Nie la time kenalkan en tunang dengan family saya.
Febuary
Trip ke Medan, Indonesia.. 1st time juga melancong ke luar negara..
March
Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370.. Routes: Kuala Lumpur - Beijing
Perginya MH370 tanpa berita..
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak..
Feb - April
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Air diagihkan mengikut peringkat.. seksanya sangat terasa
May
17.05.2014 Akhirnya saya dah dirisik.. Alhamdulillah...
23.05.2014 dapat hadiah pandora dari en tunang... hihihi
June
Trip ke Langkawi dengan family
Julai
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa..
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali... Route Amsterdam - Kuala Lumpur
Dipercayai ditembak di Ukraine...
September
Satu persatu KAU bongkarkan..
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR..
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa
November
15.11.2014 Sah menjadi tunangan orang
Disember
Kelantan, Terengganu, Pahang mengalami banjir lumpur yang teruk hampir diistiharkan darurat..
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi..
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami..
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu
Kini...
Saudara kami QZ8501 menhilangkan diri...
Membuat kami ternanti..
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17
2015
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air matamu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
kami redha...
Terima Kasih 2014
Azam 2015 :
1) Nak cukupkan solat 5 kali sehari, sembahyang di awal waktu
2) Bakal menjadi seorang isteri.. nak jadi isteri yang solehah, anak dan menantu yang baik utk keluarga
3) Bekerja dengan lebih rajin
4) Banyak bersabar dan kurang marah
Selamat tahun baru...
ReplyDeleteselamat tahun baru 2015 jgk wei
DeleteSelamat tahun baru.. 😊
ReplyDeleteselamat tahun baru :-)
Delete