Nuffnang Adds

Thursday, March 6, 2014

Medan Part 1

Alhamdullillah...selamat pergi dan selamat pulang.Kenangan terindah bercuti di Medan dengan family yang xdapat dilupakan.Nie merupakan percutian pertama kitaorang satu family ke luar negara.Percutian ni sangat2 berbaloi sebab kos yang murah selama 5hari 4malam.

Tiket : 5 orang = Rm262/Return
Passport : 5 orang = Rm500/ 2tahun
Tour Guide : 5 orang = Rm515/pax (including makan 3x sehari, hotel, kereta+petrol, semua pembayaran kecil sprt duit feri,masuk istana maimon dll) cuma siapkan duit untuk shopping shj
Jenis kereta : Toyota Innova

Total bercuti di Medan untuk 5 orang = <Rm3000 including shopping + makanan ringgan
        

24 Januari 2014

Bertolak ke Penang International Airport jam 2.30 petang dari rumah cuma amik masa 5 minit je nak ke airport. Flight berlepas ke Medan jam 4.30 petang waktu Malaysia dan tiba di sana jam 4.30 petang( korang jangan confius ye, sbb Medan lambat 1 jam dari Malaysia) Lepas tu ke kaunter imigresen untuk bagi kad yang ditulis di atas flight td..Bila di pintu keluar, dah nampak nama kita yang dipegang oleh Pak Awen( tour guide) . Kami dibawa ke kereta.. Menurut Pak Awen Airport Kualanamu nie masih baru 2013 dirasmikan.. Memang besar lagi dari KLIA








Korang akan dapat kad nie dalam flight nanti.. So sy suggest bawa pen sorang satu sbb penerbangan sangat singkat dalam 45minit ja.. Xsempat abis isi pun, flight dah nak landing :-) dan make sure korang tahu alamat korang nak tinggal di medan nanti

Bandar Medan di bawah sana :-)











Nie akibat xbawa pen lebih.. So pulun isi di bawah pula sebelum ke kaunter Imigresen





Sebelum check in di hotel, Pak Awen bawa kami semua makan dulu di Ayam Pop..Selepas itu, baru check in di Hotel Grand Antares.. Di Medan, semua hotel yang ada nama depan GRAND adalah hotel 4****.. So kat Medan nie xdak isu time air panas dan boleh dapat Wi-fi sampai dalam bilik. Korang jangan lupa beli plug( kepala bulat). Semua international tempat yang kita pegi guna plug tu, So korang xrugi pun beli..Boleh guna untuk next vacation.

Contoh 2-pin plug











P/s : Menurut Pak Awen tips korang nak bercuti disini adalah make sure korang faham dengan mata wang Indonesia untuk elakkan korang ditipu dan korang tahu mana hala tujuan korang bila sampai sini.

Email : travelmedan07@gmail.com
whatsaap : +6289 7197 3251
Facebook: Percutian Medan

 
sapa-sapa yang nak ke Medan boleh hubungi email diatas.. Servis diaorang memang tip-top.. Sangat berpuas hati dengan tour guide ( Pak Awen).. kita ibarat macam putera puteri bila disana



5 comments:

  1. update la tempat2 menarik di sana..tempat yg patut dilawati kalu pegi sana..mcm teringin nak pegi je...
    p/s : jgn lupa follow sy ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..thanks baca blog saya..dah update..nti rajin2 la baca ye..

      Delete
  2. wahhh..bestnyeeeee..nnt jgn lupe buh gmbr cntek2 tau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..thanks ye baca blog sy...dah update dah

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna untuk kami yang baru nak ke medan minggu depan...sangat bermanfaat :)
    jemput kunjungi blog kami www.jombahagia.blogspot.com
    -liza-

    ReplyDelete

< Sila tinggalkan jejak anda disini <