Nuffnang Adds

Wednesday, May 11, 2011

Sepetang Bersama Chef Bougainvillea :-)

mari!mari!mari!
kita makan cucur bawang ari nie
yg di buat khas oleh gadisbougainvillea
 
Resepi Cucur Bawang
Bahan-Bahan

* 300 gram tepung gandum


* 250 mililiter (1 cawan) air


* 1\2 sudu kecil garam


* 1 sudu kecil gula


* 1 biji telur


* 3 sudu kecil udang kering


* 3 biji cili merah - dicincang


* 2 biji bawang besar - dicincang


Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1. SEDIAKAN semua bahan untuk menghasilkan cucur bawang.

2. PANASKAN minyak terlebih dulu. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng adunan cucur.

3. MASUKKAN tepung gandum, garam, telur, udang kering, cili merah, dan bawang besar

4. TUANG air sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi bahan tadi.

5. KACAU hingga sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair.

6. GUNAKAN sudu untuk memasukkan adunan ke dalam minyak yang panas.

7. BIARKAN ia masak ataupun kekuningan sebelum diangkat dan toskan minyaknya.



 

ini la saya ketika menggoreng cucur bawang tadi....hihihihi

kita lihat hasilnya......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

amacam......sedap??????

selamat mencuba.......



mood: kekenyangan



1 comment:

< Sila tinggalkan jejak anda disini <